BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 1, 2011

marhaban bikum 2011

Assalamualaikum wtb kepada semua sahabat..Semoga kita sentiasa dilimpahi hidayah dan i'nayahNya..ameen..=)

Hari ni 1.1.11..Angka satu membuka tirai baru tahun 2011 masihi..pastinya setiap daripada kita mempunyai azam..cita-cita dan semangat baru seiring dengan pertukaran tahun baru...

1 membawa maksud yang banyak dalam diri setiap insan

Lahirnya kita diringi bersama satu lafaz azan..Kita pernah berumur satu tahun..Pernah memasuki darjah satu..Pernah memasuki tingkatan satu..Pernah memasuki tahun satu di universiti..Pernah hari pertama memulakan alam pekerjaan...Dan hayat kita akan berakhir dengan satu lafaz syahadah..Semua perkara bermula dengan satu..Tidak akan datang yang lain tanpa permulaan satu itu...

Azam seorang insan :

  • tahun ni macam nak SKT mencapai 90%
  • tahun ni rase2nye nak tuka keretalah..
  • tahun ni nak tambah gelang lagi satulah..
  • tahun ni elok juge kalau dapat melancong kat bali..tahun lepas dah pegi cameron highland..

dan kebanyakan daripada azam2 kita sebenarnya lebih banyak menjurus kearah peningkatan dari sudut duniawi..Bukannye tak boleh..cuma perlu diseimbangkan dengan urusan ukhrawi..


Teringat ana ceramah ustaz Ismail Kamus dulu2...
Kalau kita kejar akhirat..kita pasti akan dapat dunia..tapi kalau kita kejar dunia kita takkan dapat akhirat..

Cuba umpamakan akhirat seperti bunga dan dunia seperti lalang..Kalau kita tanam bunga..automatik lalang-lalang pasti akan tumbuh sekali..kalau kita tanam lalang..bunga takkan tumbuh sesuka hati seiriningan dengan lalang..Rugilah seandainya kita termasuk dalam golongan yang mencari dunia semata-mata..


Sebagai contoh yang lain..Seandainya kita melatih diri untuk rajin solat berjemaah..ini akan menambahkan ukhuwah atau dalam bahasa lain networking sesama Muslim..Solat juga melatih kita untuk berdisiplin dengan masa..Seandainya pertemuan kita denganNya pada awal waktu sudah pasti kita akan sentiasa awal dalam semua perkara yang kita lakukan..Seandainya sunnah kita laksanakan sudah pasti muamalah kita sesama manusia akan terjaga..Setiap kerja kita akan menjadi produktif..Bukankah dengan mengejar akhirat itu akan membawa kita kepada kejayaan dunia?Renungkanlah...

Jadinya diri dan sahabat..
Masukkan azam tahun ini untuk upgrade diri dari sudut amalan keimanan dan ketaqwaan.. Diri kita hanya ada satu..tak da siapa pun yang akan sama dengan diri kita... Jadilah diri sendiri..yang berusaha untuk sentiasa meningkatkan cinta kepada pencipta..^^

Bermula kita dengan satu.. Pengakhiran juga dengan satu.. Tetapkanlah hala tuju.. Agar perjalanan dipandu.. Menemui Dia yang Maha Satu...

"Hai sekalian orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kpdNya..dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam."

(Surah Ali-Imran : 102)

Ketahuilah..Hanya cinta yang luarbiasa sahaja layak untukNya..Persaingan untuk merebut cintaNya amat sengit..Beruntunglah bagi yang mendapat cintaNya..Semoga kitalah orang itu...Ameen..:)

0 comments: