BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 18, 2010

Mencari Solehah

Ira termenung sendirian..Kemanakah Solehah menghilang ni?Semakin hari dia merasakan Solehah semakin jauh dari pandangan dan kini Solehah telah hilang tanpa kesan..
Diimbas kembali detik-detik perkenalan dengan Solehah sehinggakan perkenalan itu membuahkan sebuah ukhwah yang terindah..

"Ana Solehah..ukhti?".."Ana Ira..Insyirah Iftah"..aku mengenalkan diri sambil menghulurkan salam perkenalan..Begitu manis detik perkenalan itu..

Tika aku terleka Solehah pasti mengingatkan..
Dihening pagi tak pernah Solehah lupa untuk mengejutkanku..Sama-sama kami bermunajat kepadaNya..
Setiap hari..setiap masa..setiap detik..kemana sahaja aku pergi disitulah Solehah setia menemani..
Kemanisan itu sukar untuk digambarkan..Solehah sukar untuk dicari ganti..

Tapi kini..Solehah tiba-tiba menghilangkan diri..Apakah salahku kepadanya?
Ya aku akui..
semakin lama aku sudah tak mampu untuk memenuhi ajakannya untuk terus bangun bermunajat kepadaNya..
semakin lama berkurangan helaian Al-Quran yang aku selak..
semakin lama sunat-sunat harian jarang aku lakukan..
Bukannya apa..
semakin hari bebananku semakin bertambah..
kerja-kerja yang menimbun..
komitmen terhadap tugas semakin membukit..
Aku menjadi sambil lewa terhadap amalanku..
juga terus-terusan liat dalam mengerjakan sesuatu yang pernah aku istiqamah dengannya dahulu..

Sampai hati Solehah meninggalkanku disaat aku memerlukannya..

.........................................................................................

Keadaan sekeliling kosong..luas..Aku lihat Solehah dalam kesamaran..
"Ira..sahabatku..Ana tak pernah meninggalkanmu..Tapi sahabat..sedarilah..ntilah yang semakin menjauhi ana..Ana berada dekat denganmu..sangat dekat sahabat...tapi nti takkan nampak ana..kerana hati nti telah dipenuhi debu dan tompok-tompokan hitam..yang semakin menebal.."

Tiba-tiba aku tersentak..
"Subhanallah aku bermimpi rupanya"..Apakah maksud Solehah itu?

Dia dekat tetapi jauh denganku.....




Coretan buatku...
Juga titipan buatmu..

Fitrah manusia itu menyukai kebaikan..
Pasti terselit walaupun sedikit kebaikan dalam diri bergelar hamba..
Pasti gelaran Solehah menjadi impian setiap insan yang menginginkan kebaikan..

Senang untuk memiliki.
Tapi sukar untuk dikekalkan..
Apatah lagi untuk memperbaharui..
Itulah Solehah..

Apabila kita mula bermujahadah untuk mencari Solehah itu..akhirnya kita pastikan bertemu..
Apabila sudah memiliki..lama-kelamaan ikatan terhadap kemanisan Solehah semakin luntur lantaran diri yang semakin tunduk pada bisikan nafsu dan syaitan..
Kini Solehah menjadi bayangan dan sukar untuk digapai..

Justeru hakikat pencariannya memerlukan mujahadah yang tinggi..tanpa rasa putus asa..

"Destinasi Solehah yang dicari..sebenarnya terlalu hampir..hanya kabur kerana dosa didalam diri" ^^

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(HR Ahmad)

"...Sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu...”

(Al-Baqarah: 221)



~MUDAHNYA MENCARI..NAMUN SUKAR MENJADI..LEBIH SUKAR MEMILIKI~

p/s : InsyaAllah sama2 mencari..menjadi..seterusnya memiliki Solehah itu~ (",)

Wednesday, December 8, 2010

Maal Hijrah

Assalamualaikum kepada semua sahabat2..
Semoga terus berada dalam iman dan dibawah lembayung rahmatNya sentiasa..:)

dah 2 tahun permulaan awal muharram ana di rumah maksu kat Kajang..
Doa' awal tahun dan akhir tahun dibacakan secara berjemaah diimami oleh adik2 ana..
Jika kita singkapi maksud doa' penutup dan pembuka tirai bagi tahun hijrah pasti akan mengalir airmata ini..

Doa penutup tahun

Wahai Tuhan..
apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya...
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya...
Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya...
Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku...
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu...
Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan...
Wahai yang Maha Pemurah...
Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.

Doa pembukaan tahun

Wahai Tuhan..
Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah..
dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami...
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang.. diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu..
Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia...



Adakah telah sempurna tahun2 kita sebagai pemegang taklifan dari Allah??

Taklifan sebagai hamba..
taklifan sebagai anak..
Taklifan sebagai kakak/abang/adik..
Taklifan sebagai pekerja..
Taklifan sebagai khalifah..
dan macam-macam lagi taklifan..

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

(Al-Baqarah: 286)

Penghijrahan nabi dan sahabat berlaku dari kota mekah ke kota madinah..
Penghijrahan mereka menuntut pengorbanan harta,jiwa raga dan mujahadah..
Penghijrahan mereka mengekspresikan nilaian sebenar ungkapan sebuah ukhuwwah..
Penghijrahan mereka mempertahankan keimanan dan aqidah..
Penghijrahan mereka mendirikan daulah dan khilafah islamiyyah..

Penghijrahan kita??
Perlu menumbangkan syaitan dan nafsu yang terperangkap dalam diri..
bagi menegakkan 'addeen' dalam hati..
seterusnya bersama-sama membina ukhuwwah..
bagi mengembalikan keagungan islam yang tercinta..
Tuntutan pengorbanan tidaklah sehebat 'mereka' para nabi dan sahabat..
Namun mengapakah sukar sekali untuk diimplementasi??..

“Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi yang tetap ada ialah jihad dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa) dan apabila dipanggil untuk berjihad (atau sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia.”

(HR Bukhari)

Justeru itu sahabat dan diri..
Hanya kita yang tahu apakah penghijrahan yang terbaik yang perlu kita lakukan..
Berhijrahlah sedikit demi sedikit kearah kebaikan..
Penuhi diri dengan aura-aura positif dan keceriaan..
Carilah identiti diri dalam penghijrahan yang ingin dilakukan..;)

“Barang siapa yang dikehendaki baik oleh Allah, maka diberinya pengertian ad-din”

(HR Bukhari)




carilah cahaya itu dalam penghijrahanmu..
cahaya itu sentiasa ada..
cuma perlu memastikan ia dapat menembusi..
bagi menyinari hati dan duniamu..
ketahuilah bahawa..
cahaya itu pasti tidak akan menembusi..
objek legap dan gelap..
Pastikan hatimu bersedia untuk menerima cahaya itu..
dengan menyucikan dan menjadikan ia lutcahaya mahupun lutsinar..^^

~Bersama-sama bergerak menuju penghijrahan..semoga Allah permudahkan..ameen..^^~

Wednesday, December 1, 2010

Bahagiakan Mereka..

"Engkau semakin dewasa..berjiwa merdeka..sedang dia semakin tua..membilang usia..
di saat kau berjaya...dia tiada berdaya...semoga kau tak lupa...jasa bonda"

Senario Pertama

Di stesen bas jalan Duta..
Seorang ibu membawa beg besar bersamanya kehulu kehilir..mungkin tidak tahu apa yang yang perlu dilakukan..Dia berhenti di sebuah bangku dan terjumpa seorang anak muda untuk dia bertanya..
"Anak..kat sini ada telefon tak?"..Jawab anak muda itu "Saya tak perasan pula makcik..kenapa ya?"
"Makcik nak telefon anak makcik" ,sambil menghulurkan sekeping kertas betulis nombor telefon anaknya..
"Takpe makcik..biar saya telefonkan ya" jawab anak muda itu sambil mengeluarkan handsetnya..berulang kali dia menelefon tetapi tiada jawapan..Akhirnya anak muda itu hanya sms sahaja anak makcik itu..
Sementara menunggu anaknya mereka bersembang..
"Makcik datang dari mana?"
Jawab makcik itu.."Makcik datang dari kampung..saja je nak datang melawat anak makcik kat KL ni.."
"Oh begitu ya"..Perbualan terhenti kerana anak muda itu terpaksa pulang kerana ayahnya sudah datang untuk mengambil.."Makcik hati-hati ya"
Selang beberapa lama ketika sampai dirumah anak muda itu menerima satu mesej.."Dimana mak saya?"..Anak muda itu menjawab "Masih di hentian Duta"..Perbualan tamat..

~Kerana rindu seorang ibu sanggup turun dari kampung berjumpa anaknya di bandar~

Senario Kedua

Di sebuah pejabat pos..
Seorang makcik tersenyum apabila melihat dua anak muda mendekatinya..Dia memberikan ruang kepada dua anak muda itu untuk duduk disebelahnya..Perbualan bermula
"Makcik punye nombor ni nombor berapa ye?",sambil menunjukkan nombornya kepada anak-anak muda itu.."Makcik nombor 1039 lagi dua orang sampailah giliran makcik"
Makcik berkata "Nanti kalau dah sampai giliran makcik bagitau ye..makcik ni bukannye tahu sangat nak bace nombor ni..Ha..Ni bil air dan elektrik makcik nak bayar..berapa ye jumlah semua bil ni?Takut tak cukup duit pula nak bayar.."
Anak muda itu mengirakan.."Lebih kurang RM130 makcik".."Nasib baik cukup duit",kata makcik itu..
Makcik itu menyambung.."Macam nilah selalu..anak makcik semuanya di KL..jarang balik kampung..bila raye2 je balik..semua makcik yang bayar.."
Anak muda bertanya "Makcik datang kesini macam mana?".."Makcik tumpang anak buah tadi"..
1039.."tu nombor makcik dah dipanggil".Lambat untuk makcik itu bangun dan berjalan..nombor 1040 pula dipanggil..Cepat-cepat anak muda itu membawa makcik itu kekaunter supaya tak terlepas giliran..
Selepas selesai..
"Makcik hendak kemana?"..Makcik menjawab.."Makcik nak jalan ke tempat bas"..kalau diikutkan jauh juga kalau nak berjalan kaki ke stesen bas..
Dua anak muda itu meng'offer'.."Jom makcik kami hantar ke stesen bas"..Perbualan tamat..

~Kerana sayang seorang ibu sanggup menanggung bebanan diri tanpa menyusahkan anaknya~


Seorang ibu sanggup bekerja keras membawa bebanan dibelakangnya..

Kasihnya ayah membawa bahagia..
Sayangnya ibu membawa kesyurga..

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah"
(al-Ahqaf 46:15)

"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa"
(HR Tirmidzi)

Wahai diri ini..
Ketika dirimu sakit..Mereka bersusah payah menjagamu..
Ketika dimu bersedih..Mereka berusaha membuatmu gembira..
Ketika dirimu didalam kesusahan..Mereka sedaya upaya mencarikan kesenangan buatmu..

Takkan pernah mereka membiarkan anak-anak melalui kesusahan..Bagi mereka, biarlah mereka yang menanggungnya..
Takkan pernah mereka melepaskan anak-anak melalui derita..Bagi mereka,biarlah derita itu ditukar dengan mereka..



Ya Allah..Mudah-mudahan kami akan menjadi anak soleh solehah kepada kedua ibubapa kami..Berikan kami kekuatan untuk berkhidmat kepada mereka sehinggalah samada nyawa mereka diambil ataupun nyawa kami yang Kau tarik dahulu..
"allahummaghfirlana zunubana waliwalidina warhamhum kama rabbauna sighara"




~Tanamkam azam menjadi anak yang soleh..Tanamkan azam menjadi ibubapa yang musleh~

Wednesday, November 24, 2010

Al-Muqabalah Asy-syakhsiah

Salamun 'alaikum kepada pembaca blog sekalian..Semoga sentiasa dalam lembayung rahmat dan kasih sayangNya..^^

"Mari belajar bahasa Arab..bahasa indah..bahasa Al-Quran"..Slot lughatul 'arabiyyah di ikim..stp pagi 8.30am dan 9.00pm (tak silap ana)..Memang bagus channel ni bagi sesiapa yang nak belajar perbualan bahasa Arab..Caranya mudah..dengar..ambil pen dan kertas..tulis..boleh tambah mufradat (vocabulary)
Lama dah ana tinggalkan bahasa Arab..tapi minat terhadapnya masih mendalam..^^.syukran kpd ustaz ustazah yg ajar bahasa Arab dulu..

Maksud entry diatas adalah interview 'aw' temuduga..Setiap manusia pasti akan merasai ditemuduga walaupun sekali..Habis je belajar..semua akan tertumpu kepada penulisan resume dan menghadiri bengkel temuduga..Ana sendiri banyak kali ditemuduga..dan banyak kali juga menemui kegagalan dalam interview ini sebelum diterima untuk menjalankan amanah sebagai seorang pendidik..

Sedikit tips untuk kawan2 yang akan ditemuduga..

1.Prepare yourself physically and mentally
*first impression comes from your appearance..pakailah pakaian yang bersesuaian dan menutup aurat..^^
*sediakan diri dengan info berkenaan company tersebut..juga perlu mengetahui isu-isu semasa yang berlaku disekeliling

2.Show your confidence
*Kadang-kadang penemuduga hanya mahu melihat kepada keberanian dan keyakinan kita..jadi tunjukkanlah ia..jgn disorokkan..
*jangan takut..kerana yang akan menemuduga juga hanyalah manusia biasa..letakkan sepenuh pengharapan kepadaNya

sebenarnya banyak lagi tip-tip berguna tapi bukanlah itu yang ingin ana tekankan disini..Kalau dilihat kembali..hampir semua insan yang akan di temuduga akan melakukan sehabis baik dalam menghadapi temuduga tersebut..
paling tidak pun pasti akan keresahan sepanjang hari sebelum melalui hari temuduga itu..lepas dah habis..masyaAllah..hanya Allah yang tahu betapa leganya hati ini..(Sama je denga ana pun ^^)



Jika ditranslate satu persatu maksud entry ini..Ia akan menjadi pertemuan individu..jumpa sorang-sorang..interview terakhir kita adalah bersama malaikat munkar dan nakir..soalan interview yang dah bocor sekian lama..semua orang pun mungkin dah hafal soalannya dan juga jawapannya..

1)Siapa tuhan kamu?
2)Siapa nabi kamu?
3)Apa agama kamu?
4)Apa imam (panduan dan ikutan) kamu?
5)Siapa saudara kamu?

masa yang ada sebelum di interview : tak tahu
tempoh di interview : tak tahu

preparation untuk interview:

disini aplikasi sebelum interview kerja didunia tidak boleh digunapakai lagi..

Biar sehebat mana pun kita menghafal jawapan-jawapan kepada 5 soalan diatas..kita tetap tidak akan dapat menjawabnya..
kerana hanya AMALAN dan TAQWA yang akan menjawab untuk kita..

Biar kita membeli pakaian yang baru juga menyiapkan diri dengan penampilan yang hebat tetapi kita tetap akan tampak sama..
kerana hanya KAIN KAPAN PUTIH yang akan membaluti kita..

Biar tamat macamana sekalipun intervierw ini..kita pasti takkan merasa lega,gembira dan bahagia..
kerana masih banyak PERHITUNGAN yang perlu dilakukan atas amalan kita didunia..ia takkanlah berhenti sehingga keputusannya bagi menempatkan kita..

di SYURGA mahupun NERAKA..



Dari Syaddaad bin Aus dari Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ baginda telah bersabda Orang yang cerdik ialah orang yang bermuhasabah diri dan ia beramal untuk hari-hari selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka mengikut hawa nafsunya dan ia berangan-angan keatas Allah

(hadis riwayat Imam At-Tirmizi)

Mengingati mati adalah sumber kekuatan hati..
Supaya diri tersedar daripada kefanaan duniawi..
Bukanlah mengingati mati itu menuntut Muslim menjadi lemah tak berdaya..
Tapi dengan mengingati mati itu mengajak Muslim melakukan anjakan paradigma..
Supaya hari-hari yang dilalui dipenuhi dengan perkara bermanfaat..
Supaya detik yang berlalu diisi dengan tarbiyah yang hebat..

Untungnya seorang Muslim itu kerana paginya dimulakan dengan Subuh dinihari..
Solat yang dilakukan dengan penuh khusyuk dan thoma'ninah yang dijaga akan melahirkan Muslim yang produktif..

Untungnya Muslim itu kerana setiap perlakuan pasti dinilai..dan ada balasan untuk itu..
"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya"
(Al-zalzalah 7-8 )


namun seorang Muslim itu jarang mengaut keuntungan yang telah diberikan..Selalunya keuntungan itu dilepaskan kerana apa yang terzahir lebih dikejar berbanding apa yang tersembunyi..

~BeRsaMa MengisLahkaN diRi..kerana MATI itu TidaK diketahui BiLa Akan daTanG mEnyapA diRi..~

Wednesday, November 10, 2010

Calculator..

Assalamualaikum..barakallahulakum..:)
Hampir sebulan tak sempat mencoretkan sesuatu dalam blog ini kerana terlampau sibuk dengan rutin menanda kertas di akhir sem..Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk menulis sesuatu disini hari ni..

Antara barang penting yang selalu berada bersama ana adalah calculator..kat mana..bila masa pun..(Sampaikan time jaga student exam ana boleh bagi student yang tak bawa calculator tu pinjam)..Kalau takda calculator ni rasa macam ade yang tak kene..Rasenye semua cikgu Math rasa macam tu kot..ehe..^^..

Seorang nelayan takkan lengkap tanpa joran dan jala..
Seorang guru takkan lengkap tanpa marker pen dan kapur (kalau guna papan hitam le^^)
Seorang doktor takkan lengkap tanpa stetoskop dan baju putihnye..
Seorang uztaz takkan lengkap tanpa kitab dan kopiahnye..
Seorang manusia takkan lengkap tanpa..........


Sampai dua kalkulator..kalkulator ketiga ada..tapi masih belum diserahkan pada ana..^^

Ada satu kisah yang ana pernah dengar satu ketika dulu..Lepastu dalam motivasi ikim diulang sekali lagi..

Dialog antara seorang pakcik bawa sampan dan seorang cendekiawan yang naik sampan pakcik tu..

Cendekiawan : pakcik pandai membaca tak?
pakcik : tak
cendekiawan : kalau macamtu pakcik dah hilang 1/3 kehidupan
: pakcik pandai menulis tak?
pakcik : tak
cendekiawan : kalau macam tu pakcik dah hilang separuh kehidupan.

tiba-tiba sampan tu bocor..air mula masuk dalam sampan..

pakcik : tahu berenang tak?
cendekiawan : tak
pakcik : kalau macamtu encik akan hilang seluruh kehidupan..

pastu tak tau la ape terjadi...to be continued maybe..^^

Bukan calculator yang menjadi bahan utama..bukan sampan yang menjadi fokusnye..tapi makna disebalik itu..setiap insan yang Allah ciptakan ada kelebihan masing-masing..

Sayangi diri..
Gali kelebihan diri..
Koreksi kelemahan diri..
Gilap keyakinan diri..
Hayati potensi diri..
Disitu kan kau temui hakikat penciptaan mu..



Kadang-kadang rasa macam nak jadi burung terbang bebas diawan..
Kadang-kadang rasa macam nak jadi kucing bebas duduk dijalanan..
Kadang-kadang rasa macam nak jadi semut melata dibumi bersama kawan-kawan..

namun kita adalah manusia..sebaik2 kejadian..
Makhluk-makhluk itu Allah ciptakan..pasti punya maksud dan tujuan..
Dia menciptakan kita sebagai khalifah dimuka Bumi..
Untuk terus beribadah kepadaNya..
Untuk terus berfikir dan mentadbir..

"Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia Kecuali untuk Beribadah KepadaKu
(Adz Dzariyat : 56)

Biar siapapun kta..Jadilah diri kita yang terbaik..Seorang pendidik yang terbaik..Seorang pelukis yang terbaik..Seorang penulis yang terbaik..yang paling penting seorang hamba yang terbaik..

Seorang manusia takkan lengkap tanpa iman..tanpa amal..tanpa taqwa..tanpa hati yang menuju kepada Illahi..:)

Petikan kata-kata dari Fadhail Amal
"Wahai pengembara, aku bimbang kamu tidak akan sampai ke Ka'bah kerana jalan yang kamu lalui itu menuju ke Tukistan"

Carilah jalan yang betul..lorong yang benar..dalam pencarian diri menuju Illahi..
Marilah bersama-sama wahai diri..wahai sahabat-sahabat bagi diri ini..:)

Monday, October 18, 2010

Sedamai Pokok..

Assalamualaikum kepada semua..
Alhamdulillah diberi kesempatan bertemu kembali di alam maya ini..
Sedamai pokok..seriang mentari..setenang rembulan..

Ada perumpamaan arab dikaitkan dengan pokok..
"ilmu yang tanpa amal ibarat pokok tanpa buah"

Allah juga telah menceritakan perihal tumbuh-tumbuhan dalam Al-Furqan..

"...Dan Kami lihat bumi itu kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah."
(Surah Al-Hajj : 5)

Setiap kejadian yang Dia ciptakan supaya kita mentadabbur dan bersyukur..
Baru-baru ni ana ke nursery pokok bertanyakan tentang pokok..Pokok pun ada nurserynya..
"Macamana saya nak jaga pokok2 supaya ia dapat membesar dengan baik?"..
Penjaga nursery menjawab."Pertama sekali kena sediakan tempat yang sesuai..pilih tanah yang baik..tengok kepada jenis pokok adakah ia boleh diletakkan terus dibawah mentari ataupun ditempat terlindung..Kita tak boleh terlebih siram air ataupun terkurang..biar ia menerima air dalam keadaan sederhana..Subhanallah nak jaga pokok pun banyak cara-caranya juga perlu kepada keprihatinan..

pokok yang sedang dijaga

ia berzikir kepada Allah

jagalah hati seperti kita menjaganya


Sebagai penjaga pokok sudah pasti kita menginginkan agar pokok kita membesar dengan baik..Kita pasti sedih apabila melihat pokok itu layu..

Ana ingin kaitkan pokok itu dengan hati..Hati itu adalah pemberian Illahi kepada setiap insani..Hati menjadi milik kita yg sementara seperti pokok yang kita jaga..Namun begitu kita takkan nampak hati itu layu seperti kita nampak kelayuan pada pokok kita..Kita perlu menjaga hati itu..kena istiqamah dan wasatiah dalam menjaga hati..tarbiyah sentiasa berterusan..bajai hati dan suburi hati dengan kalimah2 suci.

Panduan menjaga hati juga Allah dah jelaskan dalam Al-Quran..rasul telah tunjukkan melalui tauladan..
Tetapkan niat dalam hati..pilih arah tujuan hati itu..kemudian pastikan tempat letaknya hati itu disemai dengan baja keimanan dan benih ketaqwaan..Kemudian sirami ia dengan air mata keinsafan..dedahkan ia kepada cahaya keilmuan..jaga ia dengan penuh keikhlasan..Satu hari nanti hati itu akan dikembalikan kepada pemilik kepada segala pemilik..Pastikan ia telah dijaga dengan baik sebelum ia dipulangkan kepada tuannya..




Wahai diri dan sahabat
Hati tak selalunya putih dan bersih..
ia pasti akan dihinggapi debu dan kotoran..
kadang-kadang kotoran itu terlampau degil untuk dipadamkan..
Namun begitu..
Dia memberikan kita 'pemadam' yang mampu untuk membersihkan segala kotoran itu..
Padamkan ia dengan deraian air mata kepadaNya
Hapuskan ia dengan taubatan nasuha

Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: (pertama) mata yang menangis kerana takut kepada Allah, (kedua) mata yang bermalam dalam keadaan berjaga di jalan Allah”. [Imam al-Tirmizi. dishahih-kan oleh Syaikh Al- Albaniy]

Jadikan hati sedamai pokok..seriang mentari dan setenang rembulan..:)

Monday, October 4, 2010

Agar Bidadari Cemburu kepadamu

Assalamualaikum..
Entry khas ekslusif buat muslimah..termasuk diri yang berbicara ini..

Seringkali kita mendengar ucapan ini..Alhamdulillah diberi kesempatan untuk membaca buku ini dihadiahkan oleh adik ana tahun lepas..Lama dah..tapi ungkapan itu sering berlegar2 dan teringat..Macamana nak bagi bidadari cemburu ni?



Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)”(riwayat al-Tabrani)

Subhanallah..mari kita jadikan hadis ini sebagai motivasi dalam mengangkat diri menjadi wanita solehah..Benar bidadari syurga itu indah..Benar bidadari syurga itu sempurna..tetapi kita semua boleh mengatasinya..InsyaAllah..

Wahai diri dan sahabat..
Kadang-kadang kita lemah..dalam mencorak peribadi diri..
Kadang-kadang kita tersasar..dek kefanaan dunia..
Kadang-kadang kita terjatuh..dalam mengutip butiran kasihNya..
Kadang-kadang kita hampir berputus asa daripada rahmatNya..

Namun dari situ..ingatlah..
Selagi nyawa masih diberi pinjam olehNya..
Dia mahu kita terus mencari peluang menjadi hambaNya..
Jadilah hamba yang berbakti kepada tuannya..

Bagi wanita yang bergelar isteri..beruntunglah kalian kerana dalam satu hadis disebut

"Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

Bagi wanita yang belum bergelar isteri..kalian juga beruntung..

Mujahadahmu menjadi saksi ketabahanmu..
Pelihara dirimu daripada perkara-perkara yang boleh menjatuhkan dirimu..
Jagalah auratmu..susun tutur katamu..ikhlaskan hatimu..
Berhati-hatilah dalam menjaga hatimu..
kerana hati itu tempat jatuhnya pandangan ilahi..

Yakinlah terhadap janjiNya kepada wanita solehah..
Jagalah batas-batas yang telah Dia gariskan dalam kalamNya..
Ikutilah kataNya..tinggalkan laranganNya..

Sudah pasti kalian para wanita duniawi akan dicemburui para bidadari syurgawi..



“Sesungguhnya dunia ini seluruhnya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang sholihah.” (HR. Ahmad)

Beruntunglah dirimu wahai wanita..khususan ila mar'atus solehah..:)

Tuesday, September 28, 2010

Biar Sesat di Jalanraya

Alhamdulillah wa syukru lillah 'ala ni'matihi.
Assalamualaikum kepada semua.."Biar sesat dijalanraya..jangan sesat dalam perjalanan menujuNya"

Cuba bayangkan seandainya kita sesat ataupun tersilap masuk jalan ketika memandu..Ana sendiri sudah berapa kali tersesat dan tersilap masuk jalan..MasyaAllah hanya Allah yang tahu perasaan ketika tersesat itu..Jalan mana perlu diambil..Ke arah mana perlu pergi..Kepada siapa perlu bertanya..

Bayangkan kita hendak menuju ke Melaka..Kita perlu menghadiri peperiksaan tepat jam 10 pagi..Seandainya lewat, kita tidak dibenarkan menduduki peperiksaan itu...Tiba-tiba kita tersalah masuk lorong yang akhirnya membawa kita jauh dari arah Melaka dan kita mempunyai masa yang sedikit untuk mencari jalan keluar agar sempat sampai ke Melaka dalam jam 10 pagi..Apa yang akan kita lakukan?

Ana yakin dan pasti..Kita pasti akan berusaha untuk mencari jalan keluar..Segala signboard yang ada diredah..mencari arah dan haluan ke Melaka kembali..Dalam mindset "aku boleh sampai dalam masa yang ditetapkan"..Ketika itu diri menjadi kreatif untuk terus mencuba pelbagai alternatif..dan ketika berjaya kembali ke laluan yang benar..pasti hati akan menjadi lega..dan fokus untuk ke Melaka menduduki peperiksaan menjadikan kita meneruskan perjalanan sehinggalah ke destinasi terakhir..

Wahai diri dan sahabat2..
Tersesat di jalanraya akan mematangkan kita dalam dunia pemanduan..Namun kita pasti tak akan membiarkan diri terus tersesat..Kerana tersesat dijalan raya hanya membuang masa..kita tahu itu semua..




Bagaimana seandainya kita tersesat didunia ini?Kita takkan tahu yg kita sedang jauh daripadaNya..Kerana keni'matan dunia telah mengaburi mata..
Matlamat kita adalah Allah..Tempoh masa yang diberikan untuk bertemuNya kita tidak tahu..Pelbagai arah dan sugnboard yang ada didunia ini untuk kita ikuti..Adakah arah menujuNya yang kita ikut ataupun arah yang menjauhiNya?Alquran sebagai peta juga telah dibekalkan..sunnah..hadis..ijma'..qiyas sbg GPS..tinggal kita yg hendak guna ataupun tidak sahaja..renung2kanlah..

Wahai diri dan sahabat2..
Tersesat dalam perjalanan menujuNya akan merugikan kita..Ia tidak akan menjadi rugi seandainya kita cepat2 mencari jalan keluar..dan menjadikan pengalaman tersesat itu untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya..



"Sesunguhnya hanya disisi Allah ilmu tentang hari Kiamat; dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya besok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal"
(Surah Luqman:34)

Sama-sama mencari jalan kepadaNya..Seandainya tersesat..segera kembali kepadaNya..
Mari berubah daripada kegelapan kepada cahaya..
Mari berusaha menjadi kepada yang lebih baik..dan terbaik hanya untukNya..

~Mujahadah itu payah kerana syurga itu indah~

Wednesday, September 8, 2010

warkah buat syawal

Buat sahabat ana yang dikasihi, Syawal..

Ketika anta membaca surat ini ana sudah pun membuat persiapan meninggalkan kampung Al-Ardh ini..Ana mempunyai sedikit titipan buat anta sebelum anta mengambil alih tugas ana bagi meneruskan da’wah kepada para penduduk kampung ini..

Ketahuilah sahabat..Kedatangan anta lebih dinantikan berbanding kedatangan ana ke sana..Mula-mula menjejakkan kaki sahaja ana sudah pun mendengar alunan lagu meraikan kedatangan anta..Ketika itu baru hari pertama ana menjejakkan kaki ke situ..Hanya segelintir penduduk sahaja yang menyambut ana dengan penuh kegembiraan..Ya syawal..metod da’wah kita berbeza..Metod ana adalah metod tarbiyah yang mengundang mujahadah jua pengorbanan yang tinggi manakala metod anta lebih santai dan memberikan kegembiraan serta keseronokan kepada mereka..Sudah pasti anta yang menjadi pilihan..

Selama hampir sebulan ana disini, masjid hanya dipenuhi pada awal-awal kedatangan ana sahaja..Berkali-kali ana mengingatkan mereka setiap kali tazkirah diberikan..Kedatangan ana hanyalah sebulan sekali..didalamnya penuh dengan barakah dan maghfirah..ketika ana datang seluruh pintu syurga dibuka seluasnya..kesemua pintu neraka ditutup serapatnya dan para syaitan diikat sekuatnya..(rujuk hadis Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)..

Ana sedih Syawal apabila mendengar kata-kata daripada bilal ketika setiap kali subuh..Bilal berkata “Ketika musim world cup haritu ramai yang sanggup bangun pagi untuk menontonnya”..Ya keadaan subuh amat sedikit sekali orang yang datang..apatah lagi waktu qiyamullailnya..Bukankah Allah telah menetapkan sahur sebagai permulaan hari ketika keberadaan ana? Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Ketika sahur itulah mereka sepatutnya menghidupkan malam dengan tahajud,taubat hajat..Membuat amalan sunat yang mungkin sukar dilakukan pada bulan yang lain..

Anta ada melihat TV sebelum anta kesini? Pelbagai maksiat yang mereka lakukan ketika ana masih lagi disini..Mereka seolah-olah lupa bahawa ana sedang bersama dengan mereka..Kedatangan ana bagi melahirkan insan yang bertaqwa seperti tercatatnya dalam surah albaqarah ayat 283 .Kenapakah sukar sekali untuk mereka mengerti?
Di penghujung keberadaan ini..bagi yang mengharapkan lailatulqadr akan terus memanfaatkan kebersamaan ana..Namun kebanyakannya telah leka dengan persiapan menyambut kedatanganmu wahai sahabatku..

Harapan ana agar anta dapat menyedarkan mereka betapa kehadiran anta perlu dimanfaatkan juga..Ingatkan mereka untuk berpuasa 6 yang ganjarannya menyamai seperti berpuasa setahun (rujuk hadis riwayat Imam Muslim)..Galakkan amalan berziarah dan mengeratkan ukhuwah sesama kaum keluarga dan sahabat handai..Semoga kehadiran anta bersama limpahan barakah akan menambahkan rasa kesyukuran dalam kalangan penduduk Al-Ardh ini..Ana tak sabar rasanya nak berjumpa mereka tahun depan..tetapi ana tak pasti adakah mereka menantikan ana lagi?..Seandainya ada yang menantikan ana..Adakah mereka sempat bertemu dengan ana?..Ana hanya mampu berdoa agar mereka berjaya menjadi muttaqin dan seterusnya memanfatkan kehadiran anta kesana..Selamat berjuang sahabatku...

Ramadhan



p/s:syukran kepada sarah sebab bagi peluang kpd syira menyumbangkan sesuatu kpd PAMI USM:)

Saturday, August 28, 2010

Pecutan Terakhir

Assalamualaikum semua..
Semoga terus diberi kekuatan bagi meneruskan hari-hari terakhir di bulan Ramadhan..ameen:)

Apabila surah alqadr dijadikan bacaan pada setiap rakaat tarawih
Apabila doa' qunut dibaca pada rakaat terakhir witir
Apabila bulan purnama sudah hilang purnamanya
Apabila surau-surau mula mendirikan qiyamullail bersama jemaahnya
itulah petandanya bahawa ramadhan akan meninggalkan kita

Dia datang sedetik cuma..
membawa perkhabaran gembira..
Namun kini dia akan terus mengembara..
menurut perintah tuhannya..

Tiada sekatan boleh dilakukan..
pemergiannya tetap akan diteruskan..
Bergembiralah bagi sesiapa yang memanfaatkan..
Rugilah bagi sesiapa yang mensia-siakan..



"Bayangkan kita sebagai seorang pelari pecut yang sedang berada di garisan penamat. Adakah kita akan terus memecut ataupun terus memperlahankan larian?"..
teringat kata-kata Dr Shukri Abdullah ketika beliau menyampaikan motivasi kepada ana dan sahabat2 dulu2..

Sudah pasti kita akan terus memecut walaupun terasa penat yang amat sangat..
Sudah pasti kita akan menambahkan speed kerana kita tahu akan 'hasil' yang akan kita dapat selepas itu..
Sudah pasti fokus kita adalah tali penamat itu..
Tiada lain yang difikirkan melainkan tali itu..

Garisan penamat utk ramadhan sudah hampir..
Fokus ke garisan itu..Bayangkan hasil yang akan kita dapat nanti..
Gandaan pahala..gandaan rahmat..dan yang paling penting gandaan cinta daripadaNya..

Pastikan kita tersenarai sebagai pemenang-pemenang yang akan mendapat title muttaqin daripadaNya..InsyaAllah



"Wahai manusia!Sesunggunya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu,maka kamu akan menemuiNya"
(Surah Al-Insyiqaq:6)

Saturday, August 21, 2010

Demi Masa

"Cepatnye dah pukul 5..Rasa tadi baru je sampai"..Begitulah hati ana sering berbisik..Tambahan pula bila kelas ada satu sahaja..Banyak kerja yang sepatutnya boleh diselesaikan tetapi tak sempat pun nak dibuat..Cepat rupanya masa berlalu..Minggu ni pun dah masuk ke fasa kedua dalam bulan ramadhan..Allah cepat sungguh masaMu berlalu..

Masa amat berharga sehingga Allah bersumpah Demi Masa dalam Surah Al-asr..
Demi Masa..
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.

Selalu di akhir majlis..selalu baca surah ni..kenapa ya?
Ketahuilah sahabat..
Ia bukan kerana adat..
Ini adalah sebagai tanda pengingat..
Bahawa setiap detikan itu mempunyai berkat..

"Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu iaitu nikmat sihat dan waktu lapang"

(HR Bukhari)


Kini..
Masa yang berharga dalam bulan Ramadhan perlahan-lahan meninggalkan kita..
Adakah tarawih kita lebih baik daripada tarawih lepas?
Adakah bacaan ayat-ayat alquran lebih berganda berbanding hari biasa?
Adakah malam-malam kita dipenuhi dengan muanajat kepadaNya?
Adakah benar madrasah ini berjaya mendidik kita menjadi seorang muttaqin yang dikehendakiNya?

Tanyalah diri..
Muhasabahlah hati..
Jangan dibiarkan Ramadhan ini sama seperti Ramadhan yang telah melepasi..



Wahai diri dan sahabat..
Masih belum terlewat untuk kita memaknai Ramadhan yang masih bersama kita..
Tingkatkan amalan..Gandakan ketaqwaan..
Semoga beroleh kerahmatan..keampunan..dan dijauhkan daripada nerakaNya..
Allah menyayangi hamba-hambaNya..
Kembalilah kepadaNya walaupun sudah jauh dikau tersasar daripadaNya..
Dia pastikan menerima..

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

(Surah A-Zumar:53)

Pasti ada cahaya buat dirimu sahabatku jua buat diriku..
Cuma kita yang perlu mencari cahaya itu..^_^

Saturday, August 7, 2010

Mengintai Ramadan

"Ku mengarapkan ramadhan kali ini penuh makna,agar dapat ku lalui dengan sempurna"..alunan nasyid daripada manbai dan raihan..mempunyai mesej yang tersirat seribu makna..

ya sahabat dan diri..
Adakah kita sudah bersedia menghadapi bulan mulia ini?Ramadhan bakal bertemu kita..beruntunglah bagi yang menantikan kedatangannya dan menangisi pemergiannya..

Abu Hurairah menyatakan bahawa telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.

(Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)

Subhanallah..banyak lagi hadis-hadis mengenai ramadhan ini..Hadis di atas ini sudah cukup untuk memotivasikan kita bagi mengadapi ramadhan..

Pintu syurga terbentang luas..
pintu neraka ditutup rapat..
musuh no 1 kita sudah diikat..
Kini dalam ramadhan kita akan menjadi diri kita yang sebenar..
tak boleh dah nak kata.."aku ni jadi jahat sebab setan ni dok kacau aku"
tak boleh dah nak cakap.."yela..aku ni tak baik..banyak setan kat aku"
Tiada syaitan dibulan mulia ini..tapi konco2nya iaitu nafsu masih ada..
tapi tak apa..
We are the master of ourself..InsyaAllah we'll manage it successfully..



ramadhan datang setahun sekali..datang dengan pakej yang lengkap..
dalamnya terdapat 1 hari yang lebih baik daripada seribu bulan..
tidak perlu kita menunggu malam itu untuk melakukan amalan yang banyak..
cukuplah sekadar kita penuhi hari-hari dalam bulan ramadhan dgn amalan terbaik..
pasti malam itu akan kita lalui dengan amalan terbaik juga..

wahai diri dan sahabat sekalian..
InsyaAllah sama-sama kita memperbaiki diri..
Allah pertemukan kita dengan ramadhan kali ini bagi memberi peluang kepada kita..
Allah tidak pernah jemu memberi peluang kepada hambaNya..
Cuma..hambaNya sering terlupa..dan mengabaikan peluang yang ada

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa"
(Surah Al Baqarah:183)

Madrasah ramadhan adalah madrasah tarbiyah..
bagi melenturkan diri yang semakin keras ini..
bagi mendidik hati yang semakin membatu ini..
bagi mencairkan mazmumah yang semakin bersarang dihati..
bagi mengkoreksi kelemahan diri yang semakin menjadi-jadi..

agar di akhir madrasah ini..akan lahir lah mukmin dan mukminah yang bertaqwa..menjadi muttaqin dan muttaqinah yang dicintaiNya..insyaAllah..

Marilah diri dan sahabat..
Buang segala kenangan silam..keperitan hidup..kegagalan lampau..
Kita akan memasuki satu era yang penuh dengan sinar dan barakah..
InsyaAllah tinggalkan segala kegelapan dibelakang..kita kejar cahaya yang mendatang..

Ahlan wa sahlan ya ramadhan..Kami menantikanmu..=)

Sunday, July 25, 2010

Di Kaki Senja Syaaban..

Assalamualaikum..barakallahua'laikum..=)

Setiap hari bermain dengan nombor..dalam kepala penuh dengan nombor..
tapi sayang..nombor-nombor hari kemuliaan dalam Islam sering dilupai..astaghfirullah..syukran kepada sahabat-sahabat yang sering mengingatkan..juga sumber utama info radio ikim.fm..alhamdulillah..masih belum terlepas satu lagi tarikh penting dalam Islam..15 syaaban..ataupun nama lainnya nisfu syaaban..
Hmm apa yang specialnya 15 syaaban sehinggakan disunatkan puasa pada 13,14 dan 15 syaaban?

hadis mengenai malam nisfu syaaban

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 3/135).

Pernah dengar hadis
“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. ?

Sebenarnya ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).

Semua sumber-sumber hadis ana petik daripada Dr Asri Zainul Abidin merangkap bekas mufti Perlis juga bekas pensyarah ana semasa di universti dulu..
rujuk http://drmaza.com/home/?p=1192

a'la kulli hal banyak hadis-hadis dan fakta-fakta yang boleh dilihat mengenai syaaban ini..Sedar tak sedar..Rejab sudah pun berlalu..Syaaban bakal melabuhkan tirainya..Dan Ramadan bakal menjengah kita..
Cuba kita fikirkan SALES di sebuah pasaraya..3 bulan diskaun diberikan..2 bulan dah berlalu..tinggal lagi sebulan untuk kita betul-betul merebut peluang yang ada..bukan senang tu..setahun sekali je..

tapi dalam 3 bulan rahmat ni..lebih banyak diskaunnya daripada Allah..lebih daripada 100%..segala amalan akan dibalas oleh Allah..Hanya Dia yang tahu..Ada pula 27 rejab (israk mi'raj)..15 Syaaban (nisfu Syaaban) 17 ramadhan (nuzul alquran)..lailatul qadr..semua itu hanya setahun sekali..masyaAllah rugi seandainya semua peluang itu terlepas begitu sahaja..




Allah dah bagi peluang kepada hambaNya..
Tinggal kita sahaja untuk merebutnya..
Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk memanfaatkan setiap inci ruang masa dalam bulan mulia ini..
Ya Allah berikan kami peluang menggunakan seinfiniti kudrat untuk terus beramal..
Pertemukan kami dengan malam alqadr mu yang lebih baik dari seribu bulan itu

Bagi diri yang ingin mencari cintaNya..
gunakanlah platform ini untuk dirimu melangkah..
Jadikan bulan mulia ini sebagai titik permulaan..
Carilah ketenangan dimana sahaja diri berada..
Sesungguhnya ketenangan itu pastikan datang jika kau mencariNya..
Semoga bulan mulia ini akan menjadikan kita seorang yang muttaqin..
Sama-samalah kita memburu cintaNya..^_^

Thursday, July 15, 2010

Sahabat..

salamun 'alaik..

Entry khas didedikasikan kepada semua insan yang pernah hadir sebagai sahabat..juga yang mungkin akan hadir sebagai sahabat..

'sahabat' satu ungkapan yang tak dapat ditafsirkan dengan perkataan, tak dapat dihuraikan dengan makna yang tepat..tapi mempunyai satu kuasa yang hebat.sahabat menjadi cerminan bagi sahabatnya yang lain..sebab tu kite sering dengar..kalo nak wangi kawanlah dengan penjual minyak wangi..kalaupun tak dapat minyak wangi..tapi tempias wangian tu akan mengenai kita..subhanallah..

Allah telah menukilkan perihal sahabat dalam KalamNya..

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).
(Surah Zukhruf : 67)

Sahabat dan diri ini..
Seandainya persahabatan kita kerana seseorang itu baik..ingatlah seandainya satu kesilapan yang dia buat pasti akan meluputkan persahabatan itu..
Seandainya kerana kecantikannya..nescaya kecantikan itu akan pudar..
Seandainya kerana kepandaiannya..pastinya satu hari nanti dia akan tua dan menjadi pelupa..
Seandainya kerana duniawi..itu hanyalah fana dan bersifat sementara..

tetapi seandainya kerana Allah..
pastinya pertemuan itu menjadi pertemuan yang terindah.
perpisahan selepas itu tidak akan mengundang gelisah..
kerana kita yakin..Allah akan menjaga sahabat kita apabila tidak bersama..
kerana kita yakin..Allah akan menjadi saksi persahabatan kita..

Sahabat..
Diri ini bukanlah yang terbaik..
kadang2 nafsu amarah menguasai diri..
kadang2 ego berada di tahap yang tinggi
kadang2 diri ini terlepas pandang padamu sahabat2..
kadang2 diri ini terlepas jauh daripadamu sahabat2..
tetapi ketahuilah sahabat2..nama kalian telah terpahat dalam hati..
tak mungkin akan hilang..takkan terpadam sehinggalah Allah mentaqdirkan..
kerana ikatan antara diri ini dengan dirimu adalah ikatan aqidah..
sama2 kita telah berikrar utk terus bersama2 berjuang di medan ini..ukhwah berpaksikan aqidah takkan musnah..
Nama kalian telah tercatat dalam diary diri ini dan bakal dibawa kesana..
Semoga pertemuan kita disana termasuk dalam janji Allah:

antara 7 naungan yang akan dinaungi Allah di akhirat kelak adalah dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah..Jom sahabat2..kite rebut peluang itu..=)

Maafkan sahabat2 andai diri ini pernah melukai kalian..
Terima kasih sahabat2 kerana menjadi sahabat ana disini..dan insyaAllah disana..




Ketahuilah sahabat..diri ini menyayangi kalian kerana Dia..

Saturday, June 26, 2010

Taubatan Nasuha

"Muda-muda ni bialah enjoy dulu..nanti tua baru taubat."
"Jap lagi la taubat..Ade mase lagi ni"

Kadang-kadang rase satu hari tu..iman berada di tahap yang paling tinggi..dari qiyamullail..dhuha..sampailah witir..continuous dilakukan..
kadang-kadang tiap hari nak denga ceramah..tazkirah..
kadang-kadang semangat untuk memulakan hari dengan sungguh-sungguh...

Kadang-kadang tu juga rasa satu hari tu..iman berada di tahap paling kritikal..Al-Quran tak sentuh pn..solat sunat jarang sekali...solat fardhu..di akhir waktu..(mcm kat hujung tanduk je)..mood down down and down..MasyaAllah itu lah manusia (yes forsure including me)..

iman yazid wa yanqus (iman betambah dan berkurang)..semua manusia yang tak sempurna pastikan melalui turun naiknye iman ni..that's normal..
tika iman berada pada tahap yang tinggi..cubalah kekalkannya..
tika iman berada pada tahap terendah..cubalah lawan..dan naikkan..di sini mujahadahmu memainkan peranan..

taubat nasuha bermaksud taubat yang sebenar-benarnya..mempunyai 4 peringkat..

1. Tinggalkan maksiat yang dilakukan
2. Menyesal sungguh-sungguh atas perbuatan itu.
3. Berazam tanak buat dah maksiat itu.
4. Kalau maksiat tu melibatkan hak-hak orang lain maka hendaklah ia mengembalikannya kepada yang memilikinya.

Cakap macam senang..nak buat bukan main payah..memang payah..
Rasulullah pernah berkata ketika baginda dan para sahabat baru pulang dari peperangan yang besar..
"Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? " Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu."

(Riwayat Al Baihaqi)



Biarlah banyak kali tersungkur..bangkitlah kembali..
Allah akan menerima hambaNya..janganlah malu kembali padaNya..
Selangkah kita kepadaNya..seribu langkah Dia kepada kita..

Mujahadah itu payah kerana syurga itu indah..
Jatuh itu pahit nak bangkit itu perit...
Selagi dirimu ada kekuatan..bangkitlah perlahan-lahan..bertatihlah..berjalan...berlari..dan seandainya tersungkur..
duduklah..termenung bermuhasabahlah..kerana Dia ingin kau belajar sesuatu..daripada tersungkurmu itu..
semakin banyak tersungkur semakin banyak kesan sungkuran..dan jika kau bangkit kesan itu akan menjadi saksi mujahadahmu..

Teringat Khalid Al-Walid..panglima perang Islam yang terunggul..di gelar saifullah..Doa nabi agar beliau menang di setiap peperangan menjadi asbab beliau tidak syahid di medan perang...Namun seluruh badan beliau dipenuhi parut..subhanallah..kesan itu akan menjadi saksi..yakinlah..

Allah telah menentukan..kau hanya perlu meneruskan..bersabarlah wahai diri..yakin akan janjiNya..



“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa batas.”
(Surah Az-Zumar:10)

Tuesday, June 8, 2010

Hancurkan Mereka!

Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim..Hancurkan Zionis Israel!!
Assalamualaikum semua..
Isu hangat kini yang dibincangkan dan mendapat perhatian dunia..Kekejaman Israel ke atas misi bantuan ke Gaza..

Sangat berani mereka menyerang bantuan kemanusiaan di perairan antarabangsa..Menyerang golongan yang tak membawa senjata...malahan dalam golongan itu terdapat warga tua dan anak-anak kecil..MasyaAllah..perang mereka terhadap Islam kini telah menjadi semakin terang dan nyata lagi..Benarlah kata-kata Allah..

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu)...."

(Al Baqarah:120)

Tanpa kita sedari..sebenarnya mereka mempunyai agenda dan perancangan yg disusun bg menjatuhkan umat Islam sejak dari dulu lagi..Sejak kejatuhan kerajaan turki uthmaniyah..rujuk buku gerakan freemasonary:Musuh Dalam Menghancurkan Islam..banyak buku-buku..artikel-artikel..tentang zionis ini..

Ana teringat sembang-sembang kat sekolah dulu..Seorang sahabat pernah bertanya.."Tau tak camana kita nak ambil alquran dari tangan seseorang yang tengah membacanya tanpa kita meminta Al-Quran itu?
Camane ya tu?Macam teka teki pun ade juga..Lama betul memikirkan..dan akhirnya jawapan muncul dari mulutnya..
"Senang je..bagila orang baca quran tu makan sedap-sedap..kipaskan dia sampai dia tertidur..akhirnya dia sendiri yang akan meletakkan Al-Quran itu..dan terus lena dibuai mimpi..Kita pun bolehla mengambil Al-Quran itu dengan mudah..



Analogi ini samalah seperti apa yang telah berlaku ke atas Umat Islam..Budaya Barat,hedonisme,keseronokan duniawi..dan melupakan ukhrawi..menyebabkan Islam yang kita ada kini semakin goyah dan mudah ditindas mereka..

Seronok kalau tengok hari jumaat..Semua Muslimin p ke masjid..mendengar Khutbah dan solat berjemaah..Seandainya kita dapat bersatu sepeti itu bagi menyelamatkan saudara mara kita di Palestin..Seandainya mereka melihat betapa bersatu dan kuatnya kita..Pastilah keagungan dan kemuliaan Islam dapat dirasai semua..

So what we can do as Muslim?
1.Doakan saudara kita disana.
2.Amalkan bacaan qunut nazilah.
3.Boikot barangan Israel.
4.Bersedia menjadi super Muslim yg hidupnya cemerlang dunia gemilang akhirat..



Yakinlah..islam pasti akan menang..Biarlah kita menjadi sebahagian daripada golongan-golongan yang berusaha ke arah kemenangan Islam itu..Amin..

Monday, May 31, 2010

Kembara Toknek

Melihat wajahnya yang tenang, tutur bicaranya yang lembut, senyumannya yang tak pernah lekang daripada bibir..membuatkan ana suka dan ingin bersama dengannya..Tica memanggilnya dengan panggilan nonek..ana dan cucunya yang lain memanggilnya dengan gelaran tok (belah utagha)..Walaupun dah berpuluh-puluh tahun tinggal di KL..loghat utagha tak pernah hilang daripada ucapannya..
Dari kecil sehingga dewasa beliau menjaga dan mengasuh kami tiga beradik tika mak dan ayah mencari rezeki..pelbagai ajaran dan asuhan scara langsung daripada beliau yang kami dapat..

Sebutan makhraj amat ditekankan ketika beliau ajar ngaji..Walaupun beliau tidak pernah mempelajari istilah-istilah tajwid..tetapi segala hukum-hukum tajwid diaplikasikan dengan lancar dan betul.."Nanti Kak Long dah habis belajar sekolah.kak long ajar la tok pula ye"..Setiap kali lepas mengaji mesti tok pesan macamtu..Alhamdulillah itulah motivasi kami tiga beradik untuk terus belajar dan belajar..Terima kasih tok..

Entry kali ni memang didedikasikan buat tok yang kami cintai..Dan InsyaAllah akan banyak lagi entry-entry bagi mangabadikan kisah-kisah beliau yang tak mungkin akan kita dapati daripada buku-buku..Usia beliau menjengah ke 80 an..Namun ingatan beliau masih kukuh..Tiap kali bersama ada sahaja cerita baru daripada mulut beliau..Rugi dan amat rugi seandainya kisah-kisah yang dikongsi ini hilang dibawa angin..

"Zaman dulu-dulu mase Orang Jepun datang..tok hidup takut je..tok dok kat berek sebab tokwan polis..Kalau ade orang menjerit..Jepun datang..lari!!...tok pun cepat-cepat lari dalam hutan..tak pun sembunyi kubu bawah tanah.."
"Ada satu hari tu..Jepun mula nak datang..semua orang lari bawak banyak barang..tapi tok ingat satu bende je nak bawak lari..telekung"..MasyaAllah..ana terus mendengar dengar tekun.."Yela tok takut mati tengah-tengah jalan"..tok menyambung..
Pernah juga ketika lari dalam hutan tok capai je budak yang ada berdekatan untuk dibawa bersama dalam hutan..Tak dapat digambarkan betapa dahsyatnya ketakutan..MasyaAllah..kita generasi muda takkan dapat membayangkan keadaan itu..
"Satu hati tu tok jalan..menuju ke kawasan berek..tok lalu depan Jepun tengah acu senapang ke arah seseorang..Tok baca je ape yang boleh..minta tolong dengan Allah.."

Seorang tok..yang kini melalui hari-hari tua..Membasahi lidah dengan zikrullah..Tiap kali masuk bilik tok..mesti tok tengah ngaji..Tok menunjukkan quran emas tulisan besar yang pernah ana dan adik-adik gunakan untuk ngaji dulu..Masih cantik..masih elok..Dan kini beliau menggunakan quran itu untuk terus mengisi masa-masa kosong beliau..Setiap hari Maghrib dan Isyak tok boleh habiskan satu juzuk..Subhanallah..Kita yang masih kuat..mungkin takkan dapat melawan seorang tok ini..Mungkin sehari tu ade kalanya tidak tersentuh pun Quran...Na'uzubillah ya Allah.




“Manfaatkanlah lima (keadaan) sebelum (datangnya) lima (keadaanyang lain):
Hidupmu sebelum matimu, sehatmu sebelum sakitmu, waktu luangmu sebelum
sibukmu, masa mudamu sebelum tuamu, dan kayamu sebelum fakirmu” (Riwayat Al
Hakim dan Baihaqi)

Wednesday, May 12, 2010

Berjaya atau gagal?

Assalamualaikum kepada semua..
hampir 2 bulan diri ini tidak menulis..kekeringan idea juga kelesuan minda melanda diri..
Alhamdulillah amanah sebagai pemeriksa kertas peperiksaan bakal berakhir..tak esok..lusa..insyaAllah..Menjadi penanda kertas membuatkan ana berfikir dan merenung panjang..
Adakah kejayaan dan kegagalan diukur melalui keputusan peperiksaan?
Adakah kejayaan dan kegagalan diukur berdasarkan sekeping kertas?
Setiap individu pasti mempunyai pendapat dan penilaian masing-masing..
Ana tidak mempunyai jawapan bagi soalan-soalan ini..Pembaca sendirilah yang ada jawapannya.

Miss saya rasa saya nak repeatlah paper ni..kata salah seorang pelajar ana..
Kenapa?ana bertanya..Dia menjawab..saya ada banyak masalah..masalah itu..masalah ini..lagi-lagi math memang saya lemah..kena belaja satu-satu baru boleh jawab..ya masalah yang dia hadapi memang agak memeranjatkan ana..masyaAllah..hebat ujian yang Allah beri padanya..nak buat macamana..ana hanya mampu menasihati dan berdoa untuknya..

dalam kelas..ada segelintir pelajar memang tekun membuat latihan..rajin bertanya soalan..tapi dalam peperiksaan mereka masih tidak dapat jawab dengan baik..akhirnya keputusan peperiksaan mereka tidak dapat diselamatkan lagi..masyaAllah..Allah yang lebih tahu apa yang terbaik untuk mereka..

Setiap orang mempunyai perspektif berbeza terhadap kejayaan..
Ada orang kata..Aku dah kaya..bergaji besar..berkereta mewah..berumah besar..maka aku telah berjaya..
Ada juga yang berkata..aku dapat semua A..aku nak sambung belaja luar negara..ya..aku telah berjaya..

alangkah indah seandainya kejayaan diukur dengan pencapaian yang akan kita bawa bertemu Allah nanti..kejayaan dunia itu penting..namun kejayaan akhirat lebih penting..kerana dunia hanya sementara..akhirat itu yang selamanya..

Biarlah tidak bergaji besar..tidak bekerja besar..berharta banyak..
yang penting hati kaya dengan kemurahan jiwa..lafaz kaya dengan zikrullah..

Apalah gunanya harta seandainya kita tak dapat membahagiakan kedua ibu bapa..
Apalah gunanya pangkat seandainya itu yang akan membuatkan kita merempat di hari akhirat..
Apa gunanya kejayaan duniawi seandainya itu yang akan membawa kegagalan ukhrawi..

Mari kita singkapi manual terhebat yang ada pada kita:
Surah Al-Mukminun 1-10
Ciri mukmin yang berjaya
1.khusyuk dalam solat
2.menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan tidak berguna
3.menunaikan zakat
4.memelihara kemaluan (kecuali kepada yang berhak)
5.memelihara amanah dan janji.
6.memelihara solat.



kadang-kadang kita berusaha mencari buku rujukan yang mahal-mahal..untuk mendapatkan seberapa banyak input yang hebat..
kadang-kadang kita pulun mencari manual untuk membantu menghadapi masalah dan memudahkan kerja harian..
tetapi kita terlupa satu manual..
yang telah wujud 1400 tahun dahulu..
kandungannya tidak akan berubah biarpun zaman berubah..
Ia turun dari Allah yang Maha Pengasih..di sampaikan melalui kekasihNya..
Ikutilah manual itu..nescaya..kejayaan dunia dan akhirat pasti menjadi milikmu..

Saturday, April 3, 2010

HISTERIA

Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh..
Sebenarnya dah lama ana nak post entry ni memandangkan ana dah pernah p ceramah Histeria ni 2 bulan yg lepas..Alhamdulillah perkongsian tentang histeria ni penting kerana kejadian histeria seringkali berlaku terutamanya di sekolah-sekolah, asrama dan pelbagai lagi tempat..Jadi para guru bolehla bersedia untuk menghadapinya kelak..

Teringat ana cerita adik-adik ana,sahabat-sahabat ana, tentang pengalaman menguruskan orang histeria..Ada yang kelakar..ada yang seram..tika 'makhluk itu berbicara' pelbagai kata-kata, pelbagai nada, pelbagai bahasa yang keluar..

Ana sendiri pernah berhadapan situasi itu ketika di asrama dahulu..Apa yang dapat menguatkan hati hanyalah kalamullah dan zikir2..Seandainya kejadian itu berlaku..ketika itulah semua dorm baru melazimkan bacaan surah almulk..(walhal itulah yang perlu kita lakukan setiap malam sebenarnya)..ketika itulah baru semua teringat kepada Allah..dan menjaga tatatertib di asrama (walhal perkara itulah yang sepatutnya kita jaga)..Begitulah manusia (termasuk ana).MengingatiNya dikala susah..Astaghfirullah..

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Tanda cintakan Allah S.W.T. ialah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah.” (Riwayat Baihaqi)

Kembali kepada kandungan ceramah..Histeria yang dikupas dari 2 sudut iaitu psikologi dan agama..Ana lebih fokus kearah penyelesaian mangikut kaedah agama berlandaskan ayat-ayat suci Al-Quran..

Bagaimana handle sandainya tiba-tiba berlaku histeria di hadapan anda?

1.Tenang
2.Jangan bekerumun ramai-ramai dihadapan pesakit..Kalau dah ramai orang cepat2 beredar..
3.Jangan merenung mata pesakit
4.Kalau pesakit perempuan..silalah jaga auratnya..kerana mereka tidak sedar ketika kejadian itu berlaku
5.Jangan berikan air dalam gelas kaca..berikan gelas plastik..takut nanti akan mencederakan orang seandainya di baling sahaja gelas itu..atau mencederakan diri sendiri seandainya di pegang dgn kuat sehingga pecah
6.Bagi orang yang nak rawat..mesti mempunyai kekuatan dalaman..ilmu perlu ada..

5 kaedah merawat :

Pertama
Bacalah ayat qursi 11 kali di telinga kanan dan kiri.
kemudian azan sebanyak 7 kali di telinga pesakit (suara tinggi sikit)

Kedua
Bacalah surah al-mukminun ayat 115-118 sebanyak 7 kali di telinga pesakit
kemudian azan sebanyak 7 kali

Ketiga
Bacalah surah yasin beramai-ramai secara serentak sebanyak 3 kali
kemudian azan ditelinga pesakit sebnayak 7 kali

Keempat
Bacalah ayat surah al-mukminun 115-118
kemudian ayat surah as-shaffat 1-10
kemudian ayat surah al-hasyr 21-24
kemudian ayat surah al-jin 1-5

Kelima
Bacalah surah yasin 3 kali
kemudian surah al-mulk 1 kali
kemudian surah al-jin 1 kali
sediakan air semasa surah-surah itu dibaca (sebaiknya air zam-zam)
selpeas itu beri pesakit minum air itu
kalau dia tak nak minum..sembur air itu kemuka pesakit
sapukan juga air itu pada kepala,muka dan sendi
Bila dia dah sedar..ajarkan kalimah syahadah kepadanya

Kalau tiba-tiba pesakit pengsan ketika rawata dijalankan..
baca ayat qursi 11 kali di telinga kanan dan kiri
kemudian azan 7 kali..

Tanda-tanda pesakit dah sedar

1.Buka mata tengok sekeliling
2.Peluh keluar
3.kalau jin keluar ikut mulut, pesakit muntah
4.kalau jin keluar ikut hidung, pesakit bersin
5.kalau jin keluar ikut kaki, kaki pesakit merah

Jadi bagaimanakah ingin mengelak dari berlakunya histeria kepada diri?
Just make ISLAM as OUR WAY OF LIFE..

Jaga solat 5 waktu..penuhi dada dengan ayat-ayat al-Quran..Biarkan hati dipenuhi dengan cahaya kalamullah dan zikrullah..Nescaya 'makhluk itu' tidak akan dapat menguasai dirimu..InsyaAllah..Seandainya itu berlaku..itu adalah ujian kepadamu daripada tuhanmu bagi mengujimu..





Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut:1-3)

Saturday, March 13, 2010

Results

salamun alaikum kepada pembaca blog=)

Dalam hidup pasti banyak peperiksaan akan ditempuhi dari tadika,sekolah rendah,sekolah menengah,matrikulasi/diploma,universiti dan kenaikan pangkat bagi yang bekerja.Peperiksaan takkan pernah habis sehinggalah tercabutnya nyawa dari jasad.

Namun peperiksaan yang terbesar yang akan kita lalui dimana resultsnya adalah SYURGA atau NERAKA.

Jam 11 malam 11 mac 2010 satu mesej inbox masuk.."Long,yana takut =("..ringkas..tapi ana memahaminya dan dapat merasai ketakutan adik yang disayangi untuk mengambil keputusan SPMnya besok..

2 tahun yang lepas.."Long..results ok tapi satu subjek Sains tak ok..tak leh masuk matrix"..walaupun nada adik yang dikasihi ini tidak menunjukkan riak kesedihan namun ana dapat merasainya..

Begitu hebatnya kuasa sesuatu keputusan..Keputusan mampu merubah hati dan perasaan itu menjadi gembira atau sebaliknya..Ana sendiri pun dulu nak tunggu keputusan berdebar2 juga rasanya..

Tapi..kita tidak menyedari bahawa kita akan bertemu pemilik pembuat keputusan..
Adakah amalan selama ini keputusannya di tangan kanan atau kiri?
Adakah kegembiraan di dunia ini akan berakhir dengan kesedihan di sana?
Adakah kamar yang empuk disini bakal didapati disana?
Adakah tempat kita di SYURGA atau NERAKA..

Kalau di dunia ini..kita masih diberi peluang untuk terus berusaha dan memperbaiki diri bagi mendapatkan results yang terbaik..
Namun untuk mendapat results yang cemerlang di akhirat sana tiada peluang kedua kalinya..Hanya SATU peluang..dan kita tetap leka dengan peluang itu..

Kalau di dunia ini..kita akan menangis dan bersedih atas kegagalan yang dihadapi...namun boleh tersenyum semula selepas itu..
Namun di sana, seandainya keputusan yang kita dapat tidak melayakkan kita ke syurga..biar menitis air mata darah sekalipun kita pasti tidak mampu tersenyum semula..

Kalau di dunia ini..ramai yang memberi sokongan kepada kita untuk bangun daripada kegagalan..
Namun, disana kita keseorangan bagi menghadapi keputusan dariNya..yang ada hanyalah amalan (yang mungkin dilakukan sambil lewa)..yang ada hanyalah Al-Quran (yang mungkin dibaca sekali sekali)..dan ada hanyalah syafaat rasul yang sentiasa mangingati ummatnya (yang mungkin jarang diikuti sunnahnya)

keputusan di dunia boleh diubah..namun keputusan diakhirat adalah yang muktamad..

Bangkitlah diri dari lenamu..Bangkitlah diri dari lekamu..
bangkitlah demi keputusanmu yang terakhir..Bangkitlah demi kebahagiaan sebelum hidupmu berakhir..

Indahnya andai ketakutan yang kita hadapi sebelum mengambil results itu turut dirasai sebelum results terakhir yang kita akan dapati daripada Allah..supaya kita akan membuat persediaan awal bagi menggantikan ketakutan itu dengan kebahagiaan yang selamanya..


keputusan itu ditanganmu wahai diriku dan sahabatku..



"di tempat itu (padang mahsyar) setiap jiwa merasakan pembalasan dari apa yang telah dikerjakannya (dahulu) dan mereka dikembalikan kepada Allah, pelindung mereka yang sebenarnya, dan lenyaplah dari mereka apa (pelindung palsu) yang mereka ada-adakan" (Yunus:30)

Wednesday, February 17, 2010

Sanah Hilwah

15 februari tarikh keramat.
Tarikh kelahiran ana kedunia ini..
Terima kasih mak yang telah membawa selama 9 bulan dan bersusah payah bertarung nyawa bagi memastikan satu nyawa lahir kedunia.
Terima kasih ayah yang telah mengazankan dan mengiqamahkan ke telinga anakmu sehinggakan kalimah itu menjadi penyejuk hati anakmu..
Terima kasih kepada tok yang telah menjaga cucunya tika mak dan ayah keluar mencari rezeki..
Kini kalian sudah menganjak ke usia emas manakala ana sudah menganjak ke ambang dewasa..
Terima kasih yang tidak terhingga..Doakan anakmu dan cucumu ini agar terus istiqamah dalam perjuangan menggapai cinta teragung..




Buat adik-beradik,saudara mara dan sahabat handai..Syukran jazilan atas ucapan kalian..Doa kalian akan terus bersemadi di dalam hati..

Hari lahir bermaksud kita selangkah semakin dekat bertemuNya..Renungkan kembali setiap saat tak pernah Dia membiarkan kita..

Dia memberi tanpa kita meminta
Dia memaafkan tanpa kita mengucapkan
Dia menerima tanpa kita bertanya

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (Ar-Rahman:13)

Tuesday, February 2, 2010

Level of Measurement

Susahnye miss tajuk ni..tak fahamla miss..
ade juga pelajar yang bila di tanya sentiasa faham aje..
hai..macam-macam gelagat manusia.

Level of measurement adalah satu topik kecil dalam statistik..dari peringkat nominal hinggalah ratio (peringkat tertinggi dalam level of measurement)..tapi bukan itu yang ana nak ketengahkan..kalau dilihat dalam stat pun ada tingkatan-tingkatan ukuran apatah lagi kita yang bergelar hamba..dari serendah -rendah darjat sehinggalah setinggi-tingginya..namun ingatlah dari setinggi-tinggi darjat manusia boleh jatuh serendah-rendahnya..

"sesungguhnya Kami telah meciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian...kemudian Kami kembalikan mereka ke tempat yang serendah-rendahnya.."

siapakah mereka yang terselamat dari jatuh ini?

"kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh.. maka bagi mereka pahala yang tidak putus2"

orang yang hari ini lebih baik dari semalam adalah orang yang berjaya..
orang yang hari ini lebih teruk dari semalam adalah orang yang celaka..

dalam apa pun perlakuan kita..kita hendaklah sentiasa memastikan bahawa peningkatan kita lebih baik dari sehari ke sehari..dari seorang muslim..menjadi seorang mukmin..menjadi seorang muttaqin dan seterusnya sampai ke level yang paling tinggi dalam pengukuran Allah..
semua itu dapat dilakukan dengan azam yang kuat..dengan diri yang penuh tekad dan usaha yang penuh berkat..insyaAllah bersama-sama melakukan pengislahan dalam diri..

~berhijrahlah demi masa hadapan yang lebih cerah~




"..Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.." ( Ar Ra'd:11 )

Monday, February 1, 2010

Belajar dan Mengajar

Belajar dan mengajar..2 perkataan dari kata akar yang sama tapi mempunyai maksud yang jauh berbeza..Belajar untuk mengajar dan mengajar sambil belajar..

teringat ana zaman sekolah dulu..kat belakang buku sekolah..translate dari arab ke melayunye..
Jadilah kamu orang berilmu
atau orang yang orang mengajar ilmu
atau orang yang mendengar ilmu
atau orang yang mencintai orang yang berilmu
dan janganlah kamu menjadi orang yang ke5
maka kamu akan binasa (fatahlik) atau ustaz ana kata (patah leg)..hehe..gurauan ustaz yang masih diingati setelah 12 thn berlalu..



buat pelajar.belajarlah selagi mana termampu..Ilmu Allah sangat luas untuk digali..carilah ilmu keranaNya..nescaya Dia akan permudahkan..
Buat pengajar..didiklah anak muridmu..bekalkan mereka dengan ilmu bagi menjadi penyuluh kehidupan mereka..mangajarlah keranaNya.nescaya dia akan menambahkan ilmuNya padamu..

Ilmu itu indah bila dipasakkan dengan kekuatan aqidah..Ilmu itu cantik andai yang berhak menjadi pemilik..

~belajarlah untuk mengajar~

" Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." (Az-Zumar : 9)

Sunday, January 31, 2010

Penang dan Melaka

Alhamdulillah 2 tempat yang amat bermakna buat diri ini..Tempat dimana persahabatan dan kasih sayang terjalin erat..tempat dimana sesi pentarbiyahan menjadi agenda..

ape ya persamaan 2 negeri ni??due2 pon tempat perlancongan..ade bnyk tempat best..tapi yang paling best sekali kat 2 tempat ni ade laut..Di Melaka..ade pengkalan balak n tg. bidara n bnyk lgilah pantai..Kat penang pulak ade Batu feringgi..

Teringat zaman muda2 dulu..kat pantailah tempat mencari ketenangan...bsm2 5 shbt sebilik..syukran atas persahabatan yg best..Kat Melaka pn bnyk kenangan bersama shbt2 KMM di tepi pantai..aii balik2 pantai..ape istimewanya nih?



"Seandainya pohon-pohon di Bumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta ditambahkan kepadanya tujuh lautan lagi setelah keringnya nescaya tidak akan habis-habisnya dituliskan kalimat-kalimat Allah..Sesungguhnya Allah Maha Perkasa,Maha bijaksana" (Luqman: 27)

Subhanallah..Kenali Allah melalui ciptaanNya...Cintai Allah melalui hamparanNya..Bukankah hati akan menjadi tenang pabila mata melihat ke laut?airnya yang membiru...langit yang terbentang luas..membuktikan kebesaran Allah yang tiada taranya..

Jadilah seperti air..yang tetap akan mengalir walaupun dihalang dan disekat dari setiap sudut..perjalanannya tetap diteruskan..Deruan ombak yang memecah pantai ibarat semangat yang tak pernah luntur...semakin ia menghampiri pantai...semakin kuat ia menghempasnya..hayatilah semangat laut ini..

Jadinye wat diri dan sahabat diluar sana...teruskan perjuangan..sekali dah melangkah..jangan berpatah..sekali sudah melakukan kesalahan..jangan biarkan diri terus diselubungi kekesalan..ingat, kebangkitan dari kegagalan adalah lebih baik daripada kegagalan yang tidak disusuli dengan kebangkitan..

"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman" (Ali Imran: 139)

Thursday, January 21, 2010

siapa kita

Pada suatu petang, dalam satu kelas tingkatan 5, disebuah sekolah yang terletak di dalam hutan batu..seorang ustaz bertanya kepada anak muridnye..

" Ali..kalau kamu tercampak ke sebuah gurun yang tak de ape2..tak de sebarang pengenalan diri..dan kamu tak ingat pon kamu siape..apekah yang kamu boleh katekan pasal diri kamu kalo ade orang terjupe kamu?"

Hmm..Ali menggaru2 kepale..murid2 lain pon same2 memerah otak memikirkan jawapannye..

Bile semua orang tak dapat nak jawab..maka ustaz pon tolonglah jawabkan..
title yang tak akan luput dari diri seseorang walaupun seluruh identitinya hilang adalah title HAMBA ALLAH...



ye sahabat2..seandainya kite sedar akan title ini..seandainya kite sedar akan taraf seorang hamba...pastilah kite akan menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan memiliki kesemua sifat mahmudah..kerana seorang hamba hanya tunduk dan patuh kepada tuannya..Segala2 yang dilakukan adalah kerana tuannya..

Kembalilah kepada Allah...Dia menerima saat yang lain menghina..Dia menjaga saat yang lain mencela...Dia membentang luas rahmatNya saat yang lain membuang dirimu...itulah Allah..tuan kite..

"..Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.” (Yusuf:86)