BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 8, 2011

Sucinya hati mereka..

Assalamulaikum kepada semua sahabat..Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi setiap perjalanan hidup kita..ameen..


Beberapa hari lepas..selepas habis segmen berita TV3..selingan yang diselitkan sebagai penutup berita membuatkan ana tersenyum sendirian..Gelagat anak-anak kecil yang akan memasuki alam persekolahan darjah satu..

"Dah besar nanti nak jadi apa",tanya pemberita kepada seorang kanak-kanak lelaki bersongkok..

"Aaa..aaa..nak jadi ustaz"..jawab si kecil..
"Kenapa nak jadi ustaz?",tanya pemberita lagi..
"Sebab..nak jadi imam.." :)

"Adik bila besar nak jadi apa?",tanya wartawan kepada anak kecil yang 'ompong' giginya..
si anak kecil menjawab.."saye nak jadi doktor gigi"..sambil tersengih kepada wartawan itu..

Sedarkah kita..sebenarnya anak-anak kecil ini..pemikirannya..role modelnya pada ketika ini adalah ibu bapanya..

Mungkin si anak kecil itu adalah seorang anak ustaz..menyebabkannya tidak kekok bersongkok malahan gembira menyatakan cita-citanya untuk mengikuti jejak langkah ayahnya..

Mungkin juga si anak kecil yang bercita-cita menjadi doktor gigi itu telah disakat oleh ibu bapanya tentang giginya dan menyebabkan apa yang ada dibayangan anak kecil itu adalah doktor gigi..

Sucinya hati mereka..
Benarlah apa yang dikatakan oleh nabi SAW..
"Setiap anak yang lahir itu adalah keadaan fitrah (Islam, suci bersih).Maka ibu bapanyalah yang bertindak menjadikan ia Yahudi atau Nasrani atau Majusi." (HR Bukhari)


Ketika kecil..ibu bapalah yang menjadi ikutan mereka
Ketika besar sikit..mereka ikut kawan2 pula..
Ketika besar lagi..artis dan sesiapa sahaja boleh menjadi role model mereka..

Bermula sejak dari kecil ibu bapalah yang akan mencorakkan setiap fitrah yang bakal anak-anak mereka tempuhi..
Seandainya elok corakan itu..maka..anak-anak akan berjaya mencari kawan yang betul seterusnya mengikut role model yang terbaik..

teringat pengalaman ana mengajar di sekolah kafa..

Seorang anak murid darjah satu berkata..ustazah..kelas kita ni bising sangat..kenapa ustazah tak marah diorang macam ustazah kat sebelah?Nanti saya panggilkan ustazah tu ye suruh marahkan diorang..

Tersenyum ana mendengar kata-kata anak murid yang seorang tu..Begitu telus dan tulus bicara mereka..

Ustazah..ustazah..air mutanajjis tu apa?air yang ada binatang mati ke?..tanya mereka apabila melihat ana melukis gambar air dan ada cicak jatuh dalamnya..Sangat jujur pertanyaan mereka..

Kata-kata mereka terzahir daripada apa mereka lihat..
Pemikiran mereka muncul daripada apa yang mereka pelajari..
Sungguh suci hati mereka..

Justeru para ibu bapa sekalian..Tunaikanlah hak mereka..

Merujuk majalah anis bil 158, terdapat 6 hak pendidikan kepada anak2..

1.Mencontohi pendidikan Allah dan rasul.
2.Bersikap adil kepada setiap anak2.
3.Memberi dan memperlihatkan kasih sayang.
4.Menyediakan benteng ketahanan dan ilmu duniawi ukhrawi.
5.Menjadi contoh teladan (role model) kepada anak2.
6.Berjiwa murabbi

Saidina Umar al-Khattab r.a berkata
"Sesungguhnya anak-anak kamu itu dijadikan untuk generasi lain daripada generasi kamu, dan dijadikan mereka untuk menghadapi zaman yang lain dari zaman yang kamu hadapi sekarang"

Nabi SAW bersabda
"Semoga Allah memberikan kasih sayang kepada orang tua yang mendidik anaknya untuk berbakti kepada dirinya"

(Riwayat Abu asy-Syeikh)

Sebenarnya kitalah yang pernah memiliki hati suci itu..
Kini hati-hati itu telah mempunyai corakan yang pernah diwarnai ibu bapa kita..
hati-hati itu juga mempunyai lakaran hasil daripada kreativiti kita..
Seandainya terdapat contengan yang tersilap gaya..cepat-cepatlah padamkan ia..
Pastikan kita kembali kepada fitrah yang sebenar..
kerana fitrah kita bermula dengan suci..

Kita pernah menjadi anak..
juga telah atau akan menjadi ibu bapa kepada anak2..
Justeru itu sucikanlah hati untuk mencorak mereka yang suci itu..:)

0 comments: