BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 18, 2010

Sedamai Pokok..

Assalamualaikum kepada semua..
Alhamdulillah diberi kesempatan bertemu kembali di alam maya ini..
Sedamai pokok..seriang mentari..setenang rembulan..

Ada perumpamaan arab dikaitkan dengan pokok..
"ilmu yang tanpa amal ibarat pokok tanpa buah"

Allah juga telah menceritakan perihal tumbuh-tumbuhan dalam Al-Furqan..

"...Dan Kami lihat bumi itu kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah."
(Surah Al-Hajj : 5)

Setiap kejadian yang Dia ciptakan supaya kita mentadabbur dan bersyukur..
Baru-baru ni ana ke nursery pokok bertanyakan tentang pokok..Pokok pun ada nurserynya..
"Macamana saya nak jaga pokok2 supaya ia dapat membesar dengan baik?"..
Penjaga nursery menjawab."Pertama sekali kena sediakan tempat yang sesuai..pilih tanah yang baik..tengok kepada jenis pokok adakah ia boleh diletakkan terus dibawah mentari ataupun ditempat terlindung..Kita tak boleh terlebih siram air ataupun terkurang..biar ia menerima air dalam keadaan sederhana..Subhanallah nak jaga pokok pun banyak cara-caranya juga perlu kepada keprihatinan..

pokok yang sedang dijaga

ia berzikir kepada Allah

jagalah hati seperti kita menjaganya


Sebagai penjaga pokok sudah pasti kita menginginkan agar pokok kita membesar dengan baik..Kita pasti sedih apabila melihat pokok itu layu..

Ana ingin kaitkan pokok itu dengan hati..Hati itu adalah pemberian Illahi kepada setiap insani..Hati menjadi milik kita yg sementara seperti pokok yang kita jaga..Namun begitu kita takkan nampak hati itu layu seperti kita nampak kelayuan pada pokok kita..Kita perlu menjaga hati itu..kena istiqamah dan wasatiah dalam menjaga hati..tarbiyah sentiasa berterusan..bajai hati dan suburi hati dengan kalimah2 suci.

Panduan menjaga hati juga Allah dah jelaskan dalam Al-Quran..rasul telah tunjukkan melalui tauladan..
Tetapkan niat dalam hati..pilih arah tujuan hati itu..kemudian pastikan tempat letaknya hati itu disemai dengan baja keimanan dan benih ketaqwaan..Kemudian sirami ia dengan air mata keinsafan..dedahkan ia kepada cahaya keilmuan..jaga ia dengan penuh keikhlasan..Satu hari nanti hati itu akan dikembalikan kepada pemilik kepada segala pemilik..Pastikan ia telah dijaga dengan baik sebelum ia dipulangkan kepada tuannya..




Wahai diri dan sahabat
Hati tak selalunya putih dan bersih..
ia pasti akan dihinggapi debu dan kotoran..
kadang-kadang kotoran itu terlampau degil untuk dipadamkan..
Namun begitu..
Dia memberikan kita 'pemadam' yang mampu untuk membersihkan segala kotoran itu..
Padamkan ia dengan deraian air mata kepadaNya
Hapuskan ia dengan taubatan nasuha

Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: (pertama) mata yang menangis kerana takut kepada Allah, (kedua) mata yang bermalam dalam keadaan berjaga di jalan Allah”. [Imam al-Tirmizi. dishahih-kan oleh Syaikh Al- Albaniy]

Jadikan hati sedamai pokok..seriang mentari dan setenang rembulan..:)

Monday, October 4, 2010

Agar Bidadari Cemburu kepadamu

Assalamualaikum..
Entry khas ekslusif buat muslimah..termasuk diri yang berbicara ini..

Seringkali kita mendengar ucapan ini..Alhamdulillah diberi kesempatan untuk membaca buku ini dihadiahkan oleh adik ana tahun lepas..Lama dah..tapi ungkapan itu sering berlegar2 dan teringat..Macamana nak bagi bidadari cemburu ni?



Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)”(riwayat al-Tabrani)

Subhanallah..mari kita jadikan hadis ini sebagai motivasi dalam mengangkat diri menjadi wanita solehah..Benar bidadari syurga itu indah..Benar bidadari syurga itu sempurna..tetapi kita semua boleh mengatasinya..InsyaAllah..

Wahai diri dan sahabat..
Kadang-kadang kita lemah..dalam mencorak peribadi diri..
Kadang-kadang kita tersasar..dek kefanaan dunia..
Kadang-kadang kita terjatuh..dalam mengutip butiran kasihNya..
Kadang-kadang kita hampir berputus asa daripada rahmatNya..

Namun dari situ..ingatlah..
Selagi nyawa masih diberi pinjam olehNya..
Dia mahu kita terus mencari peluang menjadi hambaNya..
Jadilah hamba yang berbakti kepada tuannya..

Bagi wanita yang bergelar isteri..beruntunglah kalian kerana dalam satu hadis disebut

"Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

Bagi wanita yang belum bergelar isteri..kalian juga beruntung..

Mujahadahmu menjadi saksi ketabahanmu..
Pelihara dirimu daripada perkara-perkara yang boleh menjatuhkan dirimu..
Jagalah auratmu..susun tutur katamu..ikhlaskan hatimu..
Berhati-hatilah dalam menjaga hatimu..
kerana hati itu tempat jatuhnya pandangan ilahi..

Yakinlah terhadap janjiNya kepada wanita solehah..
Jagalah batas-batas yang telah Dia gariskan dalam kalamNya..
Ikutilah kataNya..tinggalkan laranganNya..

Sudah pasti kalian para wanita duniawi akan dicemburui para bidadari syurgawi..



“Sesungguhnya dunia ini seluruhnya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang sholihah.” (HR. Ahmad)

Beruntunglah dirimu wahai wanita..khususan ila mar'atus solehah..:)