BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 18, 2010

Mencari Solehah

Ira termenung sendirian..Kemanakah Solehah menghilang ni?Semakin hari dia merasakan Solehah semakin jauh dari pandangan dan kini Solehah telah hilang tanpa kesan..
Diimbas kembali detik-detik perkenalan dengan Solehah sehinggakan perkenalan itu membuahkan sebuah ukhwah yang terindah..

"Ana Solehah..ukhti?".."Ana Ira..Insyirah Iftah"..aku mengenalkan diri sambil menghulurkan salam perkenalan..Begitu manis detik perkenalan itu..

Tika aku terleka Solehah pasti mengingatkan..
Dihening pagi tak pernah Solehah lupa untuk mengejutkanku..Sama-sama kami bermunajat kepadaNya..
Setiap hari..setiap masa..setiap detik..kemana sahaja aku pergi disitulah Solehah setia menemani..
Kemanisan itu sukar untuk digambarkan..Solehah sukar untuk dicari ganti..

Tapi kini..Solehah tiba-tiba menghilangkan diri..Apakah salahku kepadanya?
Ya aku akui..
semakin lama aku sudah tak mampu untuk memenuhi ajakannya untuk terus bangun bermunajat kepadaNya..
semakin lama berkurangan helaian Al-Quran yang aku selak..
semakin lama sunat-sunat harian jarang aku lakukan..
Bukannya apa..
semakin hari bebananku semakin bertambah..
kerja-kerja yang menimbun..
komitmen terhadap tugas semakin membukit..
Aku menjadi sambil lewa terhadap amalanku..
juga terus-terusan liat dalam mengerjakan sesuatu yang pernah aku istiqamah dengannya dahulu..

Sampai hati Solehah meninggalkanku disaat aku memerlukannya..

.........................................................................................

Keadaan sekeliling kosong..luas..Aku lihat Solehah dalam kesamaran..
"Ira..sahabatku..Ana tak pernah meninggalkanmu..Tapi sahabat..sedarilah..ntilah yang semakin menjauhi ana..Ana berada dekat denganmu..sangat dekat sahabat...tapi nti takkan nampak ana..kerana hati nti telah dipenuhi debu dan tompok-tompokan hitam..yang semakin menebal.."

Tiba-tiba aku tersentak..
"Subhanallah aku bermimpi rupanya"..Apakah maksud Solehah itu?

Dia dekat tetapi jauh denganku.....




Coretan buatku...
Juga titipan buatmu..

Fitrah manusia itu menyukai kebaikan..
Pasti terselit walaupun sedikit kebaikan dalam diri bergelar hamba..
Pasti gelaran Solehah menjadi impian setiap insan yang menginginkan kebaikan..

Senang untuk memiliki.
Tapi sukar untuk dikekalkan..
Apatah lagi untuk memperbaharui..
Itulah Solehah..

Apabila kita mula bermujahadah untuk mencari Solehah itu..akhirnya kita pastikan bertemu..
Apabila sudah memiliki..lama-kelamaan ikatan terhadap kemanisan Solehah semakin luntur lantaran diri yang semakin tunduk pada bisikan nafsu dan syaitan..
Kini Solehah menjadi bayangan dan sukar untuk digapai..

Justeru hakikat pencariannya memerlukan mujahadah yang tinggi..tanpa rasa putus asa..

"Destinasi Solehah yang dicari..sebenarnya terlalu hampir..hanya kabur kerana dosa didalam diri" ^^

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(HR Ahmad)

"...Sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu...”

(Al-Baqarah: 221)



~MUDAHNYA MENCARI..NAMUN SUKAR MENJADI..LEBIH SUKAR MEMILIKI~

p/s : InsyaAllah sama2 mencari..menjadi..seterusnya memiliki Solehah itu~ (",)

Wednesday, December 8, 2010

Maal Hijrah

Assalamualaikum kepada semua sahabat2..
Semoga terus berada dalam iman dan dibawah lembayung rahmatNya sentiasa..:)

dah 2 tahun permulaan awal muharram ana di rumah maksu kat Kajang..
Doa' awal tahun dan akhir tahun dibacakan secara berjemaah diimami oleh adik2 ana..
Jika kita singkapi maksud doa' penutup dan pembuka tirai bagi tahun hijrah pasti akan mengalir airmata ini..

Doa penutup tahun

Wahai Tuhan..
apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya...
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya...
Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya...
Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku...
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu...
Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan...
Wahai yang Maha Pemurah...
Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.

Doa pembukaan tahun

Wahai Tuhan..
Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah..
dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami...
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang.. diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu..
Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia...



Adakah telah sempurna tahun2 kita sebagai pemegang taklifan dari Allah??

Taklifan sebagai hamba..
taklifan sebagai anak..
Taklifan sebagai kakak/abang/adik..
Taklifan sebagai pekerja..
Taklifan sebagai khalifah..
dan macam-macam lagi taklifan..

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

(Al-Baqarah: 286)

Penghijrahan nabi dan sahabat berlaku dari kota mekah ke kota madinah..
Penghijrahan mereka menuntut pengorbanan harta,jiwa raga dan mujahadah..
Penghijrahan mereka mengekspresikan nilaian sebenar ungkapan sebuah ukhuwwah..
Penghijrahan mereka mempertahankan keimanan dan aqidah..
Penghijrahan mereka mendirikan daulah dan khilafah islamiyyah..

Penghijrahan kita??
Perlu menumbangkan syaitan dan nafsu yang terperangkap dalam diri..
bagi menegakkan 'addeen' dalam hati..
seterusnya bersama-sama membina ukhuwwah..
bagi mengembalikan keagungan islam yang tercinta..
Tuntutan pengorbanan tidaklah sehebat 'mereka' para nabi dan sahabat..
Namun mengapakah sukar sekali untuk diimplementasi??..

“Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi yang tetap ada ialah jihad dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa) dan apabila dipanggil untuk berjihad (atau sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia.”

(HR Bukhari)

Justeru itu sahabat dan diri..
Hanya kita yang tahu apakah penghijrahan yang terbaik yang perlu kita lakukan..
Berhijrahlah sedikit demi sedikit kearah kebaikan..
Penuhi diri dengan aura-aura positif dan keceriaan..
Carilah identiti diri dalam penghijrahan yang ingin dilakukan..;)

“Barang siapa yang dikehendaki baik oleh Allah, maka diberinya pengertian ad-din”

(HR Bukhari)




carilah cahaya itu dalam penghijrahanmu..
cahaya itu sentiasa ada..
cuma perlu memastikan ia dapat menembusi..
bagi menyinari hati dan duniamu..
ketahuilah bahawa..
cahaya itu pasti tidak akan menembusi..
objek legap dan gelap..
Pastikan hatimu bersedia untuk menerima cahaya itu..
dengan menyucikan dan menjadikan ia lutcahaya mahupun lutsinar..^^

~Bersama-sama bergerak menuju penghijrahan..semoga Allah permudahkan..ameen..^^~

Wednesday, December 1, 2010

Bahagiakan Mereka..

"Engkau semakin dewasa..berjiwa merdeka..sedang dia semakin tua..membilang usia..
di saat kau berjaya...dia tiada berdaya...semoga kau tak lupa...jasa bonda"

Senario Pertama

Di stesen bas jalan Duta..
Seorang ibu membawa beg besar bersamanya kehulu kehilir..mungkin tidak tahu apa yang yang perlu dilakukan..Dia berhenti di sebuah bangku dan terjumpa seorang anak muda untuk dia bertanya..
"Anak..kat sini ada telefon tak?"..Jawab anak muda itu "Saya tak perasan pula makcik..kenapa ya?"
"Makcik nak telefon anak makcik" ,sambil menghulurkan sekeping kertas betulis nombor telefon anaknya..
"Takpe makcik..biar saya telefonkan ya" jawab anak muda itu sambil mengeluarkan handsetnya..berulang kali dia menelefon tetapi tiada jawapan..Akhirnya anak muda itu hanya sms sahaja anak makcik itu..
Sementara menunggu anaknya mereka bersembang..
"Makcik datang dari mana?"
Jawab makcik itu.."Makcik datang dari kampung..saja je nak datang melawat anak makcik kat KL ni.."
"Oh begitu ya"..Perbualan terhenti kerana anak muda itu terpaksa pulang kerana ayahnya sudah datang untuk mengambil.."Makcik hati-hati ya"
Selang beberapa lama ketika sampai dirumah anak muda itu menerima satu mesej.."Dimana mak saya?"..Anak muda itu menjawab "Masih di hentian Duta"..Perbualan tamat..

~Kerana rindu seorang ibu sanggup turun dari kampung berjumpa anaknya di bandar~

Senario Kedua

Di sebuah pejabat pos..
Seorang makcik tersenyum apabila melihat dua anak muda mendekatinya..Dia memberikan ruang kepada dua anak muda itu untuk duduk disebelahnya..Perbualan bermula
"Makcik punye nombor ni nombor berapa ye?",sambil menunjukkan nombornya kepada anak-anak muda itu.."Makcik nombor 1039 lagi dua orang sampailah giliran makcik"
Makcik berkata "Nanti kalau dah sampai giliran makcik bagitau ye..makcik ni bukannye tahu sangat nak bace nombor ni..Ha..Ni bil air dan elektrik makcik nak bayar..berapa ye jumlah semua bil ni?Takut tak cukup duit pula nak bayar.."
Anak muda itu mengirakan.."Lebih kurang RM130 makcik".."Nasib baik cukup duit",kata makcik itu..
Makcik itu menyambung.."Macam nilah selalu..anak makcik semuanya di KL..jarang balik kampung..bila raye2 je balik..semua makcik yang bayar.."
Anak muda bertanya "Makcik datang kesini macam mana?".."Makcik tumpang anak buah tadi"..
1039.."tu nombor makcik dah dipanggil".Lambat untuk makcik itu bangun dan berjalan..nombor 1040 pula dipanggil..Cepat-cepat anak muda itu membawa makcik itu kekaunter supaya tak terlepas giliran..
Selepas selesai..
"Makcik hendak kemana?"..Makcik menjawab.."Makcik nak jalan ke tempat bas"..kalau diikutkan jauh juga kalau nak berjalan kaki ke stesen bas..
Dua anak muda itu meng'offer'.."Jom makcik kami hantar ke stesen bas"..Perbualan tamat..

~Kerana sayang seorang ibu sanggup menanggung bebanan diri tanpa menyusahkan anaknya~


Seorang ibu sanggup bekerja keras membawa bebanan dibelakangnya..

Kasihnya ayah membawa bahagia..
Sayangnya ibu membawa kesyurga..

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah"
(al-Ahqaf 46:15)

"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa"
(HR Tirmidzi)

Wahai diri ini..
Ketika dirimu sakit..Mereka bersusah payah menjagamu..
Ketika dimu bersedih..Mereka berusaha membuatmu gembira..
Ketika dirimu didalam kesusahan..Mereka sedaya upaya mencarikan kesenangan buatmu..

Takkan pernah mereka membiarkan anak-anak melalui kesusahan..Bagi mereka, biarlah mereka yang menanggungnya..
Takkan pernah mereka melepaskan anak-anak melalui derita..Bagi mereka,biarlah derita itu ditukar dengan mereka..



Ya Allah..Mudah-mudahan kami akan menjadi anak soleh solehah kepada kedua ibubapa kami..Berikan kami kekuatan untuk berkhidmat kepada mereka sehinggalah samada nyawa mereka diambil ataupun nyawa kami yang Kau tarik dahulu..
"allahummaghfirlana zunubana waliwalidina warhamhum kama rabbauna sighara"




~Tanamkam azam menjadi anak yang soleh..Tanamkan azam menjadi ibubapa yang musleh~