BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, September 28, 2010

Biar Sesat di Jalanraya

Alhamdulillah wa syukru lillah 'ala ni'matihi.
Assalamualaikum kepada semua.."Biar sesat dijalanraya..jangan sesat dalam perjalanan menujuNya"

Cuba bayangkan seandainya kita sesat ataupun tersilap masuk jalan ketika memandu..Ana sendiri sudah berapa kali tersesat dan tersilap masuk jalan..MasyaAllah hanya Allah yang tahu perasaan ketika tersesat itu..Jalan mana perlu diambil..Ke arah mana perlu pergi..Kepada siapa perlu bertanya..

Bayangkan kita hendak menuju ke Melaka..Kita perlu menghadiri peperiksaan tepat jam 10 pagi..Seandainya lewat, kita tidak dibenarkan menduduki peperiksaan itu...Tiba-tiba kita tersalah masuk lorong yang akhirnya membawa kita jauh dari arah Melaka dan kita mempunyai masa yang sedikit untuk mencari jalan keluar agar sempat sampai ke Melaka dalam jam 10 pagi..Apa yang akan kita lakukan?

Ana yakin dan pasti..Kita pasti akan berusaha untuk mencari jalan keluar..Segala signboard yang ada diredah..mencari arah dan haluan ke Melaka kembali..Dalam mindset "aku boleh sampai dalam masa yang ditetapkan"..Ketika itu diri menjadi kreatif untuk terus mencuba pelbagai alternatif..dan ketika berjaya kembali ke laluan yang benar..pasti hati akan menjadi lega..dan fokus untuk ke Melaka menduduki peperiksaan menjadikan kita meneruskan perjalanan sehinggalah ke destinasi terakhir..

Wahai diri dan sahabat2..
Tersesat di jalanraya akan mematangkan kita dalam dunia pemanduan..Namun kita pasti tak akan membiarkan diri terus tersesat..Kerana tersesat dijalan raya hanya membuang masa..kita tahu itu semua..




Bagaimana seandainya kita tersesat didunia ini?Kita takkan tahu yg kita sedang jauh daripadaNya..Kerana keni'matan dunia telah mengaburi mata..
Matlamat kita adalah Allah..Tempoh masa yang diberikan untuk bertemuNya kita tidak tahu..Pelbagai arah dan sugnboard yang ada didunia ini untuk kita ikuti..Adakah arah menujuNya yang kita ikut ataupun arah yang menjauhiNya?Alquran sebagai peta juga telah dibekalkan..sunnah..hadis..ijma'..qiyas sbg GPS..tinggal kita yg hendak guna ataupun tidak sahaja..renung2kanlah..

Wahai diri dan sahabat2..
Tersesat dalam perjalanan menujuNya akan merugikan kita..Ia tidak akan menjadi rugi seandainya kita cepat2 mencari jalan keluar..dan menjadikan pengalaman tersesat itu untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya..



"Sesunguhnya hanya disisi Allah ilmu tentang hari Kiamat; dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya besok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal"
(Surah Luqman:34)

Sama-sama mencari jalan kepadaNya..Seandainya tersesat..segera kembali kepadaNya..
Mari berubah daripada kegelapan kepada cahaya..
Mari berusaha menjadi kepada yang lebih baik..dan terbaik hanya untukNya..

~Mujahadah itu payah kerana syurga itu indah~

Wednesday, September 8, 2010

warkah buat syawal

Buat sahabat ana yang dikasihi, Syawal..

Ketika anta membaca surat ini ana sudah pun membuat persiapan meninggalkan kampung Al-Ardh ini..Ana mempunyai sedikit titipan buat anta sebelum anta mengambil alih tugas ana bagi meneruskan da’wah kepada para penduduk kampung ini..

Ketahuilah sahabat..Kedatangan anta lebih dinantikan berbanding kedatangan ana ke sana..Mula-mula menjejakkan kaki sahaja ana sudah pun mendengar alunan lagu meraikan kedatangan anta..Ketika itu baru hari pertama ana menjejakkan kaki ke situ..Hanya segelintir penduduk sahaja yang menyambut ana dengan penuh kegembiraan..Ya syawal..metod da’wah kita berbeza..Metod ana adalah metod tarbiyah yang mengundang mujahadah jua pengorbanan yang tinggi manakala metod anta lebih santai dan memberikan kegembiraan serta keseronokan kepada mereka..Sudah pasti anta yang menjadi pilihan..

Selama hampir sebulan ana disini, masjid hanya dipenuhi pada awal-awal kedatangan ana sahaja..Berkali-kali ana mengingatkan mereka setiap kali tazkirah diberikan..Kedatangan ana hanyalah sebulan sekali..didalamnya penuh dengan barakah dan maghfirah..ketika ana datang seluruh pintu syurga dibuka seluasnya..kesemua pintu neraka ditutup serapatnya dan para syaitan diikat sekuatnya..(rujuk hadis Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)..

Ana sedih Syawal apabila mendengar kata-kata daripada bilal ketika setiap kali subuh..Bilal berkata “Ketika musim world cup haritu ramai yang sanggup bangun pagi untuk menontonnya”..Ya keadaan subuh amat sedikit sekali orang yang datang..apatah lagi waktu qiyamullailnya..Bukankah Allah telah menetapkan sahur sebagai permulaan hari ketika keberadaan ana? Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Ketika sahur itulah mereka sepatutnya menghidupkan malam dengan tahajud,taubat hajat..Membuat amalan sunat yang mungkin sukar dilakukan pada bulan yang lain..

Anta ada melihat TV sebelum anta kesini? Pelbagai maksiat yang mereka lakukan ketika ana masih lagi disini..Mereka seolah-olah lupa bahawa ana sedang bersama dengan mereka..Kedatangan ana bagi melahirkan insan yang bertaqwa seperti tercatatnya dalam surah albaqarah ayat 283 .Kenapakah sukar sekali untuk mereka mengerti?
Di penghujung keberadaan ini..bagi yang mengharapkan lailatulqadr akan terus memanfaatkan kebersamaan ana..Namun kebanyakannya telah leka dengan persiapan menyambut kedatanganmu wahai sahabatku..

Harapan ana agar anta dapat menyedarkan mereka betapa kehadiran anta perlu dimanfaatkan juga..Ingatkan mereka untuk berpuasa 6 yang ganjarannya menyamai seperti berpuasa setahun (rujuk hadis riwayat Imam Muslim)..Galakkan amalan berziarah dan mengeratkan ukhuwah sesama kaum keluarga dan sahabat handai..Semoga kehadiran anta bersama limpahan barakah akan menambahkan rasa kesyukuran dalam kalangan penduduk Al-Ardh ini..Ana tak sabar rasanya nak berjumpa mereka tahun depan..tetapi ana tak pasti adakah mereka menantikan ana lagi?..Seandainya ada yang menantikan ana..Adakah mereka sempat bertemu dengan ana?..Ana hanya mampu berdoa agar mereka berjaya menjadi muttaqin dan seterusnya memanfatkan kehadiran anta kesana..Selamat berjuang sahabatku...

Ramadhan



p/s:syukran kepada sarah sebab bagi peluang kpd syira menyumbangkan sesuatu kpd PAMI USM:)