BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 13, 2010

Results

salamun alaikum kepada pembaca blog=)

Dalam hidup pasti banyak peperiksaan akan ditempuhi dari tadika,sekolah rendah,sekolah menengah,matrikulasi/diploma,universiti dan kenaikan pangkat bagi yang bekerja.Peperiksaan takkan pernah habis sehinggalah tercabutnya nyawa dari jasad.

Namun peperiksaan yang terbesar yang akan kita lalui dimana resultsnya adalah SYURGA atau NERAKA.

Jam 11 malam 11 mac 2010 satu mesej inbox masuk.."Long,yana takut =("..ringkas..tapi ana memahaminya dan dapat merasai ketakutan adik yang disayangi untuk mengambil keputusan SPMnya besok..

2 tahun yang lepas.."Long..results ok tapi satu subjek Sains tak ok..tak leh masuk matrix"..walaupun nada adik yang dikasihi ini tidak menunjukkan riak kesedihan namun ana dapat merasainya..

Begitu hebatnya kuasa sesuatu keputusan..Keputusan mampu merubah hati dan perasaan itu menjadi gembira atau sebaliknya..Ana sendiri pun dulu nak tunggu keputusan berdebar2 juga rasanya..

Tapi..kita tidak menyedari bahawa kita akan bertemu pemilik pembuat keputusan..
Adakah amalan selama ini keputusannya di tangan kanan atau kiri?
Adakah kegembiraan di dunia ini akan berakhir dengan kesedihan di sana?
Adakah kamar yang empuk disini bakal didapati disana?
Adakah tempat kita di SYURGA atau NERAKA..

Kalau di dunia ini..kita masih diberi peluang untuk terus berusaha dan memperbaiki diri bagi mendapatkan results yang terbaik..
Namun untuk mendapat results yang cemerlang di akhirat sana tiada peluang kedua kalinya..Hanya SATU peluang..dan kita tetap leka dengan peluang itu..

Kalau di dunia ini..kita akan menangis dan bersedih atas kegagalan yang dihadapi...namun boleh tersenyum semula selepas itu..
Namun di sana, seandainya keputusan yang kita dapat tidak melayakkan kita ke syurga..biar menitis air mata darah sekalipun kita pasti tidak mampu tersenyum semula..

Kalau di dunia ini..ramai yang memberi sokongan kepada kita untuk bangun daripada kegagalan..
Namun, disana kita keseorangan bagi menghadapi keputusan dariNya..yang ada hanyalah amalan (yang mungkin dilakukan sambil lewa)..yang ada hanyalah Al-Quran (yang mungkin dibaca sekali sekali)..dan ada hanyalah syafaat rasul yang sentiasa mangingati ummatnya (yang mungkin jarang diikuti sunnahnya)

keputusan di dunia boleh diubah..namun keputusan diakhirat adalah yang muktamad..

Bangkitlah diri dari lenamu..Bangkitlah diri dari lekamu..
bangkitlah demi keputusanmu yang terakhir..Bangkitlah demi kebahagiaan sebelum hidupmu berakhir..

Indahnya andai ketakutan yang kita hadapi sebelum mengambil results itu turut dirasai sebelum results terakhir yang kita akan dapati daripada Allah..supaya kita akan membuat persediaan awal bagi menggantikan ketakutan itu dengan kebahagiaan yang selamanya..


keputusan itu ditanganmu wahai diriku dan sahabatku..



"di tempat itu (padang mahsyar) setiap jiwa merasakan pembalasan dari apa yang telah dikerjakannya (dahulu) dan mereka dikembalikan kepada Allah, pelindung mereka yang sebenarnya, dan lenyaplah dari mereka apa (pelindung palsu) yang mereka ada-adakan" (Yunus:30)