BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 8, 2010

Maal Hijrah

Assalamualaikum kepada semua sahabat2..
Semoga terus berada dalam iman dan dibawah lembayung rahmatNya sentiasa..:)

dah 2 tahun permulaan awal muharram ana di rumah maksu kat Kajang..
Doa' awal tahun dan akhir tahun dibacakan secara berjemaah diimami oleh adik2 ana..
Jika kita singkapi maksud doa' penutup dan pembuka tirai bagi tahun hijrah pasti akan mengalir airmata ini..

Doa penutup tahun

Wahai Tuhan..
apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya...
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya...
Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya...
Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku...
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu...
Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan...
Wahai yang Maha Pemurah...
Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.

Doa pembukaan tahun

Wahai Tuhan..
Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah..
dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami...
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang.. diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu..
Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia...



Adakah telah sempurna tahun2 kita sebagai pemegang taklifan dari Allah??

Taklifan sebagai hamba..
taklifan sebagai anak..
Taklifan sebagai kakak/abang/adik..
Taklifan sebagai pekerja..
Taklifan sebagai khalifah..
dan macam-macam lagi taklifan..

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

(Al-Baqarah: 286)

Penghijrahan nabi dan sahabat berlaku dari kota mekah ke kota madinah..
Penghijrahan mereka menuntut pengorbanan harta,jiwa raga dan mujahadah..
Penghijrahan mereka mengekspresikan nilaian sebenar ungkapan sebuah ukhuwwah..
Penghijrahan mereka mempertahankan keimanan dan aqidah..
Penghijrahan mereka mendirikan daulah dan khilafah islamiyyah..

Penghijrahan kita??
Perlu menumbangkan syaitan dan nafsu yang terperangkap dalam diri..
bagi menegakkan 'addeen' dalam hati..
seterusnya bersama-sama membina ukhuwwah..
bagi mengembalikan keagungan islam yang tercinta..
Tuntutan pengorbanan tidaklah sehebat 'mereka' para nabi dan sahabat..
Namun mengapakah sukar sekali untuk diimplementasi??..

“Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi yang tetap ada ialah jihad dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa) dan apabila dipanggil untuk berjihad (atau sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia.”

(HR Bukhari)

Justeru itu sahabat dan diri..
Hanya kita yang tahu apakah penghijrahan yang terbaik yang perlu kita lakukan..
Berhijrahlah sedikit demi sedikit kearah kebaikan..
Penuhi diri dengan aura-aura positif dan keceriaan..
Carilah identiti diri dalam penghijrahan yang ingin dilakukan..;)

“Barang siapa yang dikehendaki baik oleh Allah, maka diberinya pengertian ad-din”

(HR Bukhari)




carilah cahaya itu dalam penghijrahanmu..
cahaya itu sentiasa ada..
cuma perlu memastikan ia dapat menembusi..
bagi menyinari hati dan duniamu..
ketahuilah bahawa..
cahaya itu pasti tidak akan menembusi..
objek legap dan gelap..
Pastikan hatimu bersedia untuk menerima cahaya itu..
dengan menyucikan dan menjadikan ia lutcahaya mahupun lutsinar..^^

~Bersama-sama bergerak menuju penghijrahan..semoga Allah permudahkan..ameen..^^~

0 comments: