BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 27, 2011

Maal Hijrah di Alor Gajah :)

Assalamualaikum wbt kepada sahabat-sahabat semua..Semoga dalam keimanan dengan limpah kasih sayang daripadaNya..ameen..

Masih tidak terlewat untuk ana mengucapkan Salam Maal Hijrah 1433H buat sahabat-sahabat semua..Pastinya setiap dikalangan kita mempunyai azam baru yang perlu disempurnakan untuk tahun ini..Semoga Hijrah kali ini menjadi satu titik permulaan atas segala perubahan yang bakal berlaku..InsyaAllah..

Sambutan Maal Hijrah tahun ni diraikan bersama mak dan ayah di tempat tinggal ana di Alor Gajah Melaka..Tanpa adik kedua (kerana berjuang di bumi KL ^^) dan tanpa adik terakhir (kerana berjuang Di Bumi Mesir ^^)..Doa akhir tahun dan awal tahun yang sering dbaca bersama tidak lagi boleh dibaca bersama..

Alhamdulillah, walaupun begitu ia tetap dapat disempurnakan bersama satu azam dan semangat yang baru..Perjuangan untuk menjadi Muttaqinah Solehah masih dan sentiasa diteruskan insyaallah..



Usai solat Maghrib, tangan menyelak helaian mukasurat Al-Quran dan alhamdulillah surah baru akan dibaca. Pada permulaan 1 Muharram, Surah Yunus menjadi pembuka tahun yang mulia..Teringat ana pada kisah Nabi Yunus yang terkenal dengan kisah baginda ditelan ikan Nun..

Kaum Nabi Yunus sangat menentang dan tidak mahu menerima ajaran baginda..Oleh itu baginda telah meninggalkan kaum baginda dan mendoakan agar Allah menurunkan bala kepada mereka.

Sewaktu perjalanan,beliau akhirnya bertemu dengan sebuah kapal dan menyertai pelayaran tersebut..Allah mentaqdirkan angin yang kuat menghentam kapal tersebut dan akhirnya kapal tersebut hilang keseimbangan. Seseorang harus dibuang kedalam laut bagi mengembalikan kapal tersebut kepada kondisi asalnya..Dalam setiap undian nama Nabi Yunus tetap naik bagi dibuang ke dalam laut walaupun baginda merupakan orang yang sangat dikasihi dan dihormati oleh semua ahli kapal..

Setelah dihumban kedalam laut, Allah telah mewahyukan kepada Ikan Nun untuk menelan Nabi Yunus..maka tinggallah baginda didalam perut ikan Nun..Didalam perut ikan itulah Nabi Yunus bermuhasabah akan segala kesalahan dan dosanya..Kalimah "Ya Tuhanku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Engkau, Maha sucilah Engkau dan sesungguhnya aku telah berdosa dan menjadi salah seorang dari mereka yang zalim." inilah yang sentiasa meniti dibibir baginda..Setelah ujian Allah berakhir, maka Ikan Nun telah mengeluarkan Nabi Yunus daripada perutnya..



Semoga kisah Nabi Yunus menjadi tauladan buat kita khalifahNya untuk terus berdakwah bagi menegakkan kalimah tauhidNya..

Semoga kisah ini juga akan menjadi medan muhasabah buat kita hambaNya untuk terus memohon dan meminta hanya padaNya

Akhirul Kalam..Selamat Berhijrah..Hijrahlah demi memburu syurga yang tidak terhingga nilaiannya itu..

4 comments:

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

assalamualaikum kak ^_^
alhamdulillah di atas tanbihnya,sgt tertarik dgn ibrah drpd kisah Nabi Yunus..
salam mujahadah~

Muttaqinah Solehah said...

syukran dik..insyaAllah sama2 menjadikan ibrah kisah2 nabi sebagai muahasabah dalam melayari pelayaran menuju negeri abadi..=)

MU'ALLIMAH said...

assalamualaikum kak ! :)eh..tershahshul pulak..i bukan adik u la...hehe

andalah anugerah terhebat untuk saya ^_^

Muttaqinah Solehah said...

untuk ukhti fathiyyatul amami..

wa'alaikumussalam dik..hehe..^^

anda juga anugerah terhebat buat saya..=)