BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 11, 2011

Mati itu Pasti

Assalamualaikum wbt kepada sahabat-sahabat yang dikasihi..Alhamdulillah hari ni kita masih lagi diberi nikmat kehidupan bagi bernafas diBumiNya dengan 2 nikmat terbesar dalam diri iaitu nikmat Islam dan Iman.Kebelakangan ini ana sering mendengar berita kematian dan pemergian insan menemui penciptanya yang Maha Agung..Setiap kali membuka emel di pejabat..pasti ada sahaja berita kematian staf di serata negeri..melihat wajah dan umur mereka..kadang-kadang sukar untuk mempercayai mereka telah pergi buat selama-lamanya..tetapi itulah dia..MATI ITU PASTI..



Hari ini 11.11.11..Bagi sesetengah individu..ini mungkin tarikh yang membahagiakan..tetapi bagi sesetengah orang yang lain..tarikh ini adalah tarikh yang menyedihkan..Tanggal 15 zulhijjah ini ana telah menerima berita pemergian seorang senior di USM iaitu ustaz kamarulzaman..Beliau yang ana kenali amat komited dengan perjuangan menegakkan Islam di muka Bumi ini..Seorang daie yang tidak pernah jemu dengan amanah dakwah yang dipikulnya..Semoga pemergiannya ke dunia abadi, menemui cinta hakiki akan ditempatkan bersama orang2 yang Dia kasihi..ameen..


Zaujah ustaz Kamarulzaman dan anaknya

Bila ditanya kepada anaknya..kemana abi?..jawab anaknya..Abi kesyurga..subhanallah..itulah anak seorang pejuang..InsyaAllah didoakan agar Muiz akan menyambung perjuangan abinya..

Terkenang ana kepada 2 orang anak sepupu ana yang telah menjadi yatim piatu disaat mereka masih tidak mengenali dunia..Namun begitu..apabila melihat akan kubur..mereka akan tunjuk ke kubur itu dan memanggil..tu ibu!Semoga Zafrudin dan Puteri juga akan menjadi anak soleh dan solehah bagi mendoakan ibu..ibu kalian pasti akan bahagia seandainya Doa dikirimkan setiap saat kepada mereka



Beruntunglah bagi mereka yang meninggalkan dunia ini dengan bekalan yang secukupnya
Beruntunglah bagi mereka yang menuju akhirat dengan persediaan yang terbaik
Beruntunglah bagi mereka yang menemui tuhannya dengan sebaik-baik penampilan

Kita takkan tahu bilakah Allah akan mengambil kita..Bilakah Malaikat Maut akan melaksanakan tugasnya untuk mengambil nyawa kita..Sedarkah kita Malaikat Maut 'menziarahi' kita setiap 21 minit setiap hari?

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail, "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa"

Hidup didunia hanya sekali..
Mati juga sekali..
Buatlah yang baik sekali..
Bagi kehidupan yang akan dibangkitkan lagi sekali..

Kerana yang sekali itu adalah yang abadi =)

0 comments: