BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, June 5, 2014

Pengalaman Bersalin :)

Assalamualaikum buat sahabat2 semua...semoga sentiasa berada dalam rahmatNya sentiasa...
Hampir 2 tahun tidak menulis....jari pun sudah kaku untuk menekan keyboard...Namun diteruskan jua kerana entry ini sepatutnya ditulis setahun yg lepas (tp x sempat) ^^

Kini sudah setahun 4 bulan pengalaman itu berlalu tetapi saat dan detiknya masih lagi dapat dirasakan...begitu hebatnya pengalaman ini...diharapkan entry ini dapat membantu bakal2 ibu di luar sana yang sedang mengandungkan anak pertama....sebab ana dahulu juga sering meninjau blog2 untuk mendapatkan tips dan juga pengalaman...

Pengalaman setiap individu pasti berbeza...dan pengalaman melahirkan anak pertama kedua dan seterusnya juga pasti tidak akan sama....namun dengan pengalaman akan menjadikan kita lebih matang dan bersedia untuk menjadi seorang ibu yg MITHALI insyaAllah...ameen....=)

3.2.13 (Ahad)

Semalam dapat call daripada emak mertua di JB dan juga embah perempuan. Macam-macam kata-kata semangat dan tips yg diberikan..Alhamdulilah..terasa gembira kerana walaupun suami tiada disisi seluruh ahli keluarga memberi support yang sangat banyak...Tiba-tiba pagi hari ni terasa ada lendiran coklat keluar...Adakah ini tandanya? Emak dan ayah takde pulak sebab pergi kursus haji...Hati sudah mula merasakan debaran...Call mak dan mak kate lepas zohor akan pergi hospital...Terus kaki melangkah ke depan laptop untuk melihat samada si 'dia' on atau tidak skype...

1.00 pm

Alhamdulillah...suami yang dinantikan memang sedang on skype..bersembang-sembang dengannya sekejap. Jujur tika itu tak dapat dibendung rasa kerisauan yang melanda, namun begitu ditabahkan hati agar diri'nya' tidak merasakan kebimbangan yang tinggi lantaran jarak yang amat jauh memisahkan kami...Diakhir kalam ana meminta maaf atas segalanya dan meminta doa dan restu daripada'nya'

3.00 pm

Tiba di Hospital Pusrawi KL...

Ana memilih untuk bersalin disini kerana ingin mendapatkan doktor perempuan dan juga suasana yang tenang (islamik). Selain itu juga mak dan sepupu juga bersalin disini..Ana mengambil Dr Norkeda sebagai doktor yang akan menyambut kelahiran bayi pertama..Bagi ana, semua doktor sama sahaja...setiap daripada mereka pasti ada kepakaran masing-masing..oh ya..bagi yang berhasrat untuk bersalin disini..total ana bersalin normal adalah dalam 3K lebih...

Setelah menerangkan kondisi ana..terus nurse bawak ana ke labour room dengan wheel chair...nervous jugak time tu sebab yelahkan...takde rasa sakit ape2 lagi terus dah nak ke labour room..nurse kata senang nak pantau...ahamdulillah Pusrawi dgn rumah takdelah jauh...mak teman terus dalam labour room..ayah yang tolong ulang alik ambil keperluan kami..dan mulalah sesi kerehatan ana...(memang tak macam org sakit)

12.00 am

Bukaan ketika ini masih 1 cm...bidan memang tak bagi minum air selusuh sebelum tu sbb bidan minta kita bertahan sehingga esok ..reasonnya esok (isnin) doc baru ade...tapi ana mmg dah terminum air selusuh selepas isyak tadi...Air selusuh ni minta ustaz buat...tapi lebih baik kalau ada suami mintalah suami yang buatkan..Ana tak pasti kesannya secara saintifik. Tapi bagi ana kesannya ana sudah mula terasa sedikit kontraksi. bermula 12.00 am sehinggalah ke subuh kontraksi setiap 5 minit berlaku (time ni sakit bile bayi mengeras dlm perut)..stp 5 minit rase sakit sikit...tak selesalah nak tido...tak tido pon...^^

4.2.13 (Isnin)

8.00 am

Bidan datang serta cek bukaan dan laluan dah terbuka 3 cm. time ni bidan bagi ubat untuk membuang semua najis yang ada. Ada diberi pilihan pada waktu itu untuk ambil apa-apa suntikan..ana tak ingat dah apa nama suntikan...tapi setahu ana takde sebarang suntikan pun diberikan waktu itu...masih bertahan dengan kontraksi yang kerap

10.am

Doktor sudah datang melawat. Bukaan masih lagi 3 cm (biaselah anak sulung mmg lambat) . Doktor terus pecahkan air ketuban waktu tu dan doktor kata mungkin dalam 6 jam lagi bersalin sebab dalam perkiraan mereka bukaan akan terbuka 1cm dalam masa 1 jam..Kemudian ada air dimasukkan dalam tiub kedalam tubuh ana...Time ni mmg dah terasa kesakitan yg amat sangat..Breakfast pun tak sampai lagi...bile sampai je ana dah tak boleh nak makan menanggung kesakitan...(Mak yg tolong makankan...hehe). Ana cuma makan 2 biji telur separuh masak (org tue2 kate nk bg senang bersalin).

Rasanya dah berlalu 40 minit dan ana tak tahan sangat...Ana ada berbisik supaya diberikan epidural kepada nurse...tapi mungkin nurse tu tak dengar kot...suntikan epidural ni untuk memberi kebas kepada anggota badan...jadi takkan rasa sakit pun...tau2 je baby dah nak keluar. Ada sahabat ana yang mengambil epidural ini.. Dah hampir pukul 11 lebih...ana memanggil nurse untuk kali ke2 supaya diberikan suntikan epidural..Waktu itu memang tak dapat tahan..hanya Allah sahaja yang tahu...tangan mak menjadi tempat genggaman untuk menahan sakit...Waktu sakit macam ni kalau boleh jangan mengeluh...setiap hembusan nafas cuba dihiasi dengan zikir..insyaAllah sakit tersebut akan berlalu pergi...

11.30 am

Nurse nak cek dulu samada boleh atau tidak diberikan epidural. Bukaan telah menjadi 6 cm dimana pada waktu tu mmg dah tak boleh diberika suntikan epidural. Menurut nurse, kalau kurang daripada 6 cm masih boleh diberikan suntikan...Subhanallah...takpelah pasrah untuk menunggu sehingga ke akhirnya...selepas 6cm dengan cepat bukaan terus terbuka sehinggalah ke 9cm

12.00 pm

Saat ingin melahirkan. Bidan ajar cara untuk bernafas dengan betul...Tarik nafas ikut hidung dan hembus nafas ikut mulut...Waktu tarik nafas bace la ila ha illa anta..Waktu hembus nafaas bace subhanaka inni kuntu minaz zolimin ( Doa nabi yunus ketika dalam perut ikan nun-tips ana dapat daripada seorang blogger jugak ni)..InsyaAllah..bila kita asyik dengan zikir dan doa..kesakitan yang dirasakan akan berkurangan.

Bidan memberikan semangat sewaktu proses meneran diselang seli dengan takbir allahu akbar. Jangan angkat punggung untuk mengelakkan koyakan yg banyak. Ana mmg minta diikat kaki n tangan supaya kurang gerakan. Akhirnya dalam pukul 12 suku selamatlah seorang mujahid keluar ke dunia ini...Alhamdulillah...walaupun sedih kerana abinya tidak ada untuk mengazankan mujahid ini..Alhamdulillah atoknya setia menunggu dan mengambil alih tugas abi...

Begitulah sedikit perkongsian untuk bakal-bakal ibu di luar sana..Persiapkan diri...Fizikal dan mental...Proses ini pasti dilalui oleh setiap wanita yang bergelar ibu...Banyakkan mengaji dan berzikir...Jaga hubungan sesama manusia...InsyaAllah...Ia pasti menjadi kenangan yang terindah =)




                                                      Mujahid kecil seberat 2.95 kg

Di sanalah Zakariya mendoa kepada Tuhannya seraya berkata " Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa  Surah Ali-Imran : 38




3 comments:

:::KHALIFATULLAH::: said...

kak long
lianalah orang pertama yang komen..hehe

subhanallah..semoga Allah memberi ganjaran atas kesakitan yang diberikan.Semoga Amsyar menjadi anak yang soleh :)

Muttaqinah Solehah said...

Syukran yana....:)

InsyaAllah...ameen....

Good luck untuk final paper...;)

Za's said...

Huhu...begini cerita bersalin anak pertama ya...