BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 1, 2015

2015

Selamat Tinggal 2014, Ahlan Wasahlan 2015. Tahun silih berganti namun adakah kita semakin dekat dengan Ilahi mahupun semakin menjauhi ?


" Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun"

                                                                                                                                  Surah Al Mulk : 2

Jangan jemu untuk berubah, jangan jemu untuk sentiasa membuat kebaikan, jangan jemu untuk memberikan senyuman, sentiasa positif dalam kehidupan. InsyaAllah Allah permudahkan =)


MS
010115
Baiti Jannati

Thursday, June 5, 2014

Pengalaman Bersalin :)

Assalamualaikum buat sahabat2 semua...semoga sentiasa berada dalam rahmatNya sentiasa...
Hampir 2 tahun tidak menulis....jari pun sudah kaku untuk menekan keyboard...Namun diteruskan jua kerana entry ini sepatutnya ditulis setahun yg lepas (tp x sempat) ^^

Kini sudah setahun 4 bulan pengalaman itu berlalu tetapi saat dan detiknya masih lagi dapat dirasakan...begitu hebatnya pengalaman ini...diharapkan entry ini dapat membantu bakal2 ibu di luar sana yang sedang mengandungkan anak pertama....sebab ana dahulu juga sering meninjau blog2 untuk mendapatkan tips dan juga pengalaman...

Pengalaman setiap individu pasti berbeza...dan pengalaman melahirkan anak pertama kedua dan seterusnya juga pasti tidak akan sama....namun dengan pengalaman akan menjadikan kita lebih matang dan bersedia untuk menjadi seorang ibu yg MITHALI insyaAllah...ameen....=)

3.2.13 (Ahad)

Semalam dapat call daripada emak mertua di JB dan juga embah perempuan. Macam-macam kata-kata semangat dan tips yg diberikan..Alhamdulilah..terasa gembira kerana walaupun suami tiada disisi seluruh ahli keluarga memberi support yang sangat banyak...Tiba-tiba pagi hari ni terasa ada lendiran coklat keluar...Adakah ini tandanya? Emak dan ayah takde pulak sebab pergi kursus haji...Hati sudah mula merasakan debaran...Call mak dan mak kate lepas zohor akan pergi hospital...Terus kaki melangkah ke depan laptop untuk melihat samada si 'dia' on atau tidak skype...

1.00 pm

Alhamdulillah...suami yang dinantikan memang sedang on skype..bersembang-sembang dengannya sekejap. Jujur tika itu tak dapat dibendung rasa kerisauan yang melanda, namun begitu ditabahkan hati agar diri'nya' tidak merasakan kebimbangan yang tinggi lantaran jarak yang amat jauh memisahkan kami...Diakhir kalam ana meminta maaf atas segalanya dan meminta doa dan restu daripada'nya'

3.00 pm

Tiba di Hospital Pusrawi KL...

Ana memilih untuk bersalin disini kerana ingin mendapatkan doktor perempuan dan juga suasana yang tenang (islamik). Selain itu juga mak dan sepupu juga bersalin disini..Ana mengambil Dr Norkeda sebagai doktor yang akan menyambut kelahiran bayi pertama..Bagi ana, semua doktor sama sahaja...setiap daripada mereka pasti ada kepakaran masing-masing..oh ya..bagi yang berhasrat untuk bersalin disini..total ana bersalin normal adalah dalam 3K lebih...

Setelah menerangkan kondisi ana..terus nurse bawak ana ke labour room dengan wheel chair...nervous jugak time tu sebab yelahkan...takde rasa sakit ape2 lagi terus dah nak ke labour room..nurse kata senang nak pantau...ahamdulillah Pusrawi dgn rumah takdelah jauh...mak teman terus dalam labour room..ayah yang tolong ulang alik ambil keperluan kami..dan mulalah sesi kerehatan ana...(memang tak macam org sakit)

12.00 am

Bukaan ketika ini masih 1 cm...bidan memang tak bagi minum air selusuh sebelum tu sbb bidan minta kita bertahan sehingga esok ..reasonnya esok (isnin) doc baru ade...tapi ana mmg dah terminum air selusuh selepas isyak tadi...Air selusuh ni minta ustaz buat...tapi lebih baik kalau ada suami mintalah suami yang buatkan..Ana tak pasti kesannya secara saintifik. Tapi bagi ana kesannya ana sudah mula terasa sedikit kontraksi. bermula 12.00 am sehinggalah ke subuh kontraksi setiap 5 minit berlaku (time ni sakit bile bayi mengeras dlm perut)..stp 5 minit rase sakit sikit...tak selesalah nak tido...tak tido pon...^^

4.2.13 (Isnin)

8.00 am

Bidan datang serta cek bukaan dan laluan dah terbuka 3 cm. time ni bidan bagi ubat untuk membuang semua najis yang ada. Ada diberi pilihan pada waktu itu untuk ambil apa-apa suntikan..ana tak ingat dah apa nama suntikan...tapi setahu ana takde sebarang suntikan pun diberikan waktu itu...masih bertahan dengan kontraksi yang kerap

10.am

Doktor sudah datang melawat. Bukaan masih lagi 3 cm (biaselah anak sulung mmg lambat) . Doktor terus pecahkan air ketuban waktu tu dan doktor kata mungkin dalam 6 jam lagi bersalin sebab dalam perkiraan mereka bukaan akan terbuka 1cm dalam masa 1 jam..Kemudian ada air dimasukkan dalam tiub kedalam tubuh ana...Time ni mmg dah terasa kesakitan yg amat sangat..Breakfast pun tak sampai lagi...bile sampai je ana dah tak boleh nak makan menanggung kesakitan...(Mak yg tolong makankan...hehe). Ana cuma makan 2 biji telur separuh masak (org tue2 kate nk bg senang bersalin).

Rasanya dah berlalu 40 minit dan ana tak tahan sangat...Ana ada berbisik supaya diberikan epidural kepada nurse...tapi mungkin nurse tu tak dengar kot...suntikan epidural ni untuk memberi kebas kepada anggota badan...jadi takkan rasa sakit pun...tau2 je baby dah nak keluar. Ada sahabat ana yang mengambil epidural ini.. Dah hampir pukul 11 lebih...ana memanggil nurse untuk kali ke2 supaya diberikan suntikan epidural..Waktu itu memang tak dapat tahan..hanya Allah sahaja yang tahu...tangan mak menjadi tempat genggaman untuk menahan sakit...Waktu sakit macam ni kalau boleh jangan mengeluh...setiap hembusan nafas cuba dihiasi dengan zikir..insyaAllah sakit tersebut akan berlalu pergi...

11.30 am

Nurse nak cek dulu samada boleh atau tidak diberikan epidural. Bukaan telah menjadi 6 cm dimana pada waktu tu mmg dah tak boleh diberika suntikan epidural. Menurut nurse, kalau kurang daripada 6 cm masih boleh diberikan suntikan...Subhanallah...takpelah pasrah untuk menunggu sehingga ke akhirnya...selepas 6cm dengan cepat bukaan terus terbuka sehinggalah ke 9cm

12.00 pm

Saat ingin melahirkan. Bidan ajar cara untuk bernafas dengan betul...Tarik nafas ikut hidung dan hembus nafas ikut mulut...Waktu tarik nafas bace la ila ha illa anta..Waktu hembus nafaas bace subhanaka inni kuntu minaz zolimin ( Doa nabi yunus ketika dalam perut ikan nun-tips ana dapat daripada seorang blogger jugak ni)..InsyaAllah..bila kita asyik dengan zikir dan doa..kesakitan yang dirasakan akan berkurangan.

Bidan memberikan semangat sewaktu proses meneran diselang seli dengan takbir allahu akbar. Jangan angkat punggung untuk mengelakkan koyakan yg banyak. Ana mmg minta diikat kaki n tangan supaya kurang gerakan. Akhirnya dalam pukul 12 suku selamatlah seorang mujahid keluar ke dunia ini...Alhamdulillah...walaupun sedih kerana abinya tidak ada untuk mengazankan mujahid ini..Alhamdulillah atoknya setia menunggu dan mengambil alih tugas abi...

Begitulah sedikit perkongsian untuk bakal-bakal ibu di luar sana..Persiapkan diri...Fizikal dan mental...Proses ini pasti dilalui oleh setiap wanita yang bergelar ibu...Banyakkan mengaji dan berzikir...Jaga hubungan sesama manusia...InsyaAllah...Ia pasti menjadi kenangan yang terindah =)




                                                      Mujahid kecil seberat 2.95 kg

Di sanalah Zakariya mendoa kepada Tuhannya seraya berkata " Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa  Surah Ali-Imran : 38




Friday, December 28, 2012

8 month ago

Sekitar majlis walimah ana 8 bulan dahulu.. (28 April 2012) :)


                                                    Arif dan Amani yang rajin

Pekerja yang suke dan rela utk membantu ;)

                                                    Amani dan toknek :)

Jiran-jiran satu taman

Jiran-jiran yang membantu
Sepupu-sepupu mambanting tenaga..
Anak-anak buah yang rajin :) Tica watpetu??
Pak Njang, pak ndak n toknek berbicara mengenai masalah negara..hehe
Pak Ndak mengutarakan pendapat....
Jiran dan sepupu yg membantu...Pak Lang memantau keadaan...:)
   Sepupu, Mak sedara dan pak sedara yang membantu
   Al Fatihah buat arwah Makteh yang sentiasa menghulurkan bantuan
kewangan dan tenaga
                                         Jiran-jiran merangkap kawan mak...
            Anak-anak buah bersantai dalam rumah lepas penat buat keje
Kawan-kawan Syuhada yang sentiasa membantu

Alhamdulillah sudah 8 bulan menjalani alam rumahtangga yang semestinya berbeza daripada alam bujang...Alam menyemai kasih dan menjana pahala utk bekalan ke syurga...Terima kasih tak terhingga buat semua yang terlibat...Tahun depan banyak lagi walimah yang menanti....:)

p/s : tak bnyk gamba yg diambil...ni ape yg ade dlm handset je...yg pasti memori indah pasti terpahat di hati...gambar dalam kotak memori pasti takkan terpadam buat selama2nya...;)

Saturday, September 29, 2012

Setahun Sudah Penghijrahanmu..

Assalamualaikum wbt buat semua..Semoga rahmatNya sentiasa mengiringi sahabat-sahabat yang membaca kalam MS ini...ameen..:)

 Entry ini khas ditujukan buat adinda yang telah pun setahun berhijrah ke Bumi Anbiya' bagi meneruskan cita-cita dan perjuangan..

21 September 2011..

 KLIA telah menyaksikan perpisahan antara anak dan ayah emak...antara adik dan kakak..antara sahabat dengan sahabat...Walaupun berat untuk melepaskan tapi terpaksa merelakan jua kerana perjuangan dan taqdir yang telah Allah tetapkan buatmu ukhtiku...



Banyak perkara di Malaysia telah berlaku sepanjang ketiadaanmu..Kami tahu sepanjang setahun itu banyak mutiara ilmu yang telah engkau kutip..banyak pengalaman yang telah engkau gali...Moga keberadaanmu di sana akan memberikan tempias semangat dan keberkatan buat kami di Malaysia..

Beuntunglah para ikhwan dan akhawat yang diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke Darul Kinanah..Mereka di Bumi keberkatan..dikelilingi ulama' pewaris nabi disana..Seandainya tiap masa diisi sebaiknya pasti akan menjadi insan hebat dan khalifah terbaik di Bumi Allah ini..

 " ... tidak akan tergelincir 2 kaki anak adam melainkan dia ditanya dengan 5 soalan iaitu umurnya kemana dia habiskan, masa muda bagaimana digunakan, hartanya dari mana diperoleh dan kemana pula dibelanjakan serta tentang ilmunya adakah diamalkan ... "

                         (HR Tarmizi, Tabrani dan ibnu Asakir)

 Buat ukhti dan sahabat2 seperjuangan..

Semoga masa muda yang diberikan Allah ini dimanfaatkan sebaiknya..sesungguhnya ajal dan maut tiada mengira muda ataupun tua.. Ambillah seberapa banyak pengalaman hidup dan kutiplah seberapa banyak ilmu dalam perjalanan menuju negeri abadi..

Doa kami sentiasa mengiringimu ukhti Liana Zainudin.. =)
Pulanglah ke Malaysia nanti dengan kejayaan dan menjadi insan hebat hasil tarbiyyah dari tanah yang penuh barakah..



p/s : Sebulan lagi bakal melalui satu lagi perpisahan..Doakan ukhtimu ini setabah tika melepaskan dikau pergi ukhti...^^

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum w.b.t

Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah sentiasa..ameen..
Alhamdulillah..sempena cuti maulidur rasul ana sempat untuk bercuti 3 hari di KL..Tapi orang KL dan selangor pula cuti 4 hari termasuklah hari Selasa + cuti thaipusam..^^..Waktu jadi pelajar dulu..sangat seronok dengan cuti..tapi kini..apabila bergelar seoarang pengajar..kadang-kadang cuti boleh juga merungsingkan fikiran kerana adalah kelas yang perlu diganti nanti..=)

Hari ini dan hari-hari cuti di KL kebiasaannya ana suka untuk mengikuti ayah dan mak bersarapan pagi disamping 'bersiar-siar' di sekitar kawasan Selayang..Hari ni sempat pula menziarahi keluarga Cik Edah dan Pakcik Arif kat Sungai Buloh..dan Sungai Buloh sangat terkenal dengan penjualan dan dan nursery bunga-bunganya..Ayah berhenti sekejap untuk membeli bunga-bunga kertas..





Alhamdulillah..masih sempat menikmati hari-hari bersama mereka..Sesungguhnya kami anak-anak kalian mencintai kalian sehingga ke syurga..insyaAllah..

Terbaca ana satu status adik yang kini berada diMesir..Sayangkan ibu bapa itu penting..Namun sayangkan Rasulullah itu lebih utama..

“Tidak sempurna iman salah seorang diantara kalian sehingga menjadikan aku
(Rasulullah SAW) lebih ia cintai dari orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia”

(HR Bukhari)
Subhanallah..sudahkah kita mencintai baginda?

Seorang manusia yang bimbang akan keadaaan umatnya..
Sedangkan umatnya jarang sekali memiikirkan baginda..
Seorang pemimpin yang menjaga kebajikan rakyatnya
Sedangkan umatnya kini ralat dengan orang yang dipimpinnya
Seorang suami yang kasihkan isterinya
Sedangkan umatnya kini berantakan rumah tangganya
Seorang ayah yang sayangkan anaknya
Sedangkan umatnya berpecah belah keturunannya



Lau kana bainanal habib.(Seandainya dia Muhammad berada bersama kita)..
Apakah yang akan kita lakukan?.

Marilah bermuhasabah dan mengkoreksi diri agar kita dapat menjadi umatnya yang terbaik..

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.
(Ali-Imran :110)

InsyaAlllah bersama membina Individu Muslim. Keluarga Muslim, Masyarakat muslim, seterusnya Negara Muslim..

Semoga kita semua akan mendapat syafaat baginda disana..Perbanyakkan selawat dan salam atas baginda SAW..

Sunday, January 1, 2012

2012

Assalamualaikum buat sahabat2 semua..tak terlewat untuk ana menyatakan selamat tahun baru masihi 2012 buat semua yang berkunjung ke sini..InsyaAllah semoga tahun baru yang tiba diiringi dengan perkara dan azam baru yang perlu dipenuhi dan ditunaikan.. Hampir sebulan yang lepas kita menyambut hari yang mulia dalam Islam iaitu awal muharram..Sudah pasti ada azam yang sudah tersemat..kini tahun masihi yang menjelma mengingatkan kita agar terus berpegang pada azam dan semangat yang telah ada bagi menempuhi setahun yang akan menjelma..kita tak akan pasti apakah yang akan berlaku dan bakal dilalui..tetapi dengan azam yang terpahat pasti akan membantu dalam mengharungi setiap ujian dan dugaan dalam kehidupan..insyaAllah..






Lewat satu petang ketika hendak ke kelas..ana terserempak dengan bekas pelajar ana.."Assalamualaikum miss,"sambil tersenyum dia memberi salam.."Waalaikumussalam..macamana study?" ana bertanya.."Alhamdulillah" jawabnya.. "Teruskan sampai degree tau"..ana memberi semangat..Dengan yakin dan tegas pelajar ana itu menjawab.."InsyaAllah miss..sampai dr.(phd).."..subhanallah..dengan senyuman ana mengangguk sambil mendoakan kejayaannya..Apa yang menarik disini adalah semangatnya..permulaan keputusan SPM tidaklah begitu baik..namun semangatnya begitu tinggi untuk mengubah nasib dirinya sehingga ke peringkat tertinggi dalam kelayakan akademik..itulah yang dinamakan kejayaan..tidak sesekali berputus asa dan teruskan langkah yang telah dimulakan..






Sesungguhnya setiap daripada kita pasti mempunyai azam dan tujuan untuk Tahun 1433H dan Tahun 2012 masihi ini..Yang pasti biarlah azam itu mempunyai matlamat jangkamasa panjang agar kehidupan kita 'disana' akan terjamin


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata,, Rasulullah SAW bersabda bermaksud “ Sesungguhnya Allah berfirman : Tidak ada perkara yang lebih Aku kasih daripada hambaKu yang melaksanakan apa yang Aku fardukan ke atasnya. Sentiasalah hamba itu mendekatkan diriNya kepadaKu dengan melakukan amal-amal sunat sehingga Aku mengasihinya. (HR Bukhari)



Antara cara untuk mendapatkan 'perhatianNya'

a.memiliki ilmu yang jelas dan bermanfaat

Daripada Muawwiyah r.a, bersabda Rasulullah s.a.w “sesiapa yang Allah ingin kebaikan akan diberikan kefahaman yang mendalam dalam soal agama” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah)

b. Taubat (syarat pertama dalam memburu cinta illahi)

Daripada Said bin Burdah drpd bapa dan datuknya berkata : Telah datang Rasulullah SAW kepada kami yg sedang duduk-duduk, maka berkata Rasulullah SAW : “ Tiadalah aku berpagi-pagi melainkan aku meminta ampun kepada Allah pada waktu itu sebanyak 100 kali “ ( Riwayat Abd bin Hamid dgn Sanad yg sahih)

c. Memilih sahabat yang baik

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud “ seseorang itu di atas agama kawannya, maka lihatlah dengan siapa kamu berkawan.” (Riwayat abu Daud)

d. Bina amalan dengan itqan dan ihsan

Ihsan adalah kamu menyembah Allah seakan-akan kamu melihatnya, sekiranya kamu tidak melihatNya sesungguhnya dia melihat kamu.

(Riwayat Muslim daripada saidina Umar r.a)

e. Mujahadah mengekalkan hidayah

f. Menghindar daripada bisikan syaitan

g. Memelihara amal yang telah dibuat sebaik mungkin

h. Memenuhi ruang hidup dengan nafas syukur dan pujian

Daripada al-Mughirah r.a berkata sekiranya Nabi SAW mendirikan solat malam sehingga bengkak kedua-dua kakinya atau betisnya, ditanya kepadanya, baginda menjawab: tidak bolehkah aku menjadi seorang hamba yang benar-benar bersyukur.

( Riwayat Imam Bukahri )

source : Ustazah Aminah CITU UiTM Melaka

Sunday, November 27, 2011

Maal Hijrah di Alor Gajah :)

Assalamualaikum wbt kepada sahabat-sahabat semua..Semoga dalam keimanan dengan limpah kasih sayang daripadaNya..ameen..

Masih tidak terlewat untuk ana mengucapkan Salam Maal Hijrah 1433H buat sahabat-sahabat semua..Pastinya setiap dikalangan kita mempunyai azam baru yang perlu disempurnakan untuk tahun ini..Semoga Hijrah kali ini menjadi satu titik permulaan atas segala perubahan yang bakal berlaku..InsyaAllah..

Sambutan Maal Hijrah tahun ni diraikan bersama mak dan ayah di tempat tinggal ana di Alor Gajah Melaka..Tanpa adik kedua (kerana berjuang di bumi KL ^^) dan tanpa adik terakhir (kerana berjuang Di Bumi Mesir ^^)..Doa akhir tahun dan awal tahun yang sering dbaca bersama tidak lagi boleh dibaca bersama..

Alhamdulillah, walaupun begitu ia tetap dapat disempurnakan bersama satu azam dan semangat yang baru..Perjuangan untuk menjadi Muttaqinah Solehah masih dan sentiasa diteruskan insyaallah..



Usai solat Maghrib, tangan menyelak helaian mukasurat Al-Quran dan alhamdulillah surah baru akan dibaca. Pada permulaan 1 Muharram, Surah Yunus menjadi pembuka tahun yang mulia..Teringat ana pada kisah Nabi Yunus yang terkenal dengan kisah baginda ditelan ikan Nun..

Kaum Nabi Yunus sangat menentang dan tidak mahu menerima ajaran baginda..Oleh itu baginda telah meninggalkan kaum baginda dan mendoakan agar Allah menurunkan bala kepada mereka.

Sewaktu perjalanan,beliau akhirnya bertemu dengan sebuah kapal dan menyertai pelayaran tersebut..Allah mentaqdirkan angin yang kuat menghentam kapal tersebut dan akhirnya kapal tersebut hilang keseimbangan. Seseorang harus dibuang kedalam laut bagi mengembalikan kapal tersebut kepada kondisi asalnya..Dalam setiap undian nama Nabi Yunus tetap naik bagi dibuang ke dalam laut walaupun baginda merupakan orang yang sangat dikasihi dan dihormati oleh semua ahli kapal..

Setelah dihumban kedalam laut, Allah telah mewahyukan kepada Ikan Nun untuk menelan Nabi Yunus..maka tinggallah baginda didalam perut ikan Nun..Didalam perut ikan itulah Nabi Yunus bermuhasabah akan segala kesalahan dan dosanya..Kalimah "Ya Tuhanku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Engkau, Maha sucilah Engkau dan sesungguhnya aku telah berdosa dan menjadi salah seorang dari mereka yang zalim." inilah yang sentiasa meniti dibibir baginda..Setelah ujian Allah berakhir, maka Ikan Nun telah mengeluarkan Nabi Yunus daripada perutnya..



Semoga kisah Nabi Yunus menjadi tauladan buat kita khalifahNya untuk terus berdakwah bagi menegakkan kalimah tauhidNya..

Semoga kisah ini juga akan menjadi medan muhasabah buat kita hambaNya untuk terus memohon dan meminta hanya padaNya

Akhirul Kalam..Selamat Berhijrah..Hijrahlah demi memburu syurga yang tidak terhingga nilaiannya itu..