BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 27, 2011

Maal Hijrah di Alor Gajah :)

Assalamualaikum wbt kepada sahabat-sahabat semua..Semoga dalam keimanan dengan limpah kasih sayang daripadaNya..ameen..

Masih tidak terlewat untuk ana mengucapkan Salam Maal Hijrah 1433H buat sahabat-sahabat semua..Pastinya setiap dikalangan kita mempunyai azam baru yang perlu disempurnakan untuk tahun ini..Semoga Hijrah kali ini menjadi satu titik permulaan atas segala perubahan yang bakal berlaku..InsyaAllah..

Sambutan Maal Hijrah tahun ni diraikan bersama mak dan ayah di tempat tinggal ana di Alor Gajah Melaka..Tanpa adik kedua (kerana berjuang di bumi KL ^^) dan tanpa adik terakhir (kerana berjuang Di Bumi Mesir ^^)..Doa akhir tahun dan awal tahun yang sering dbaca bersama tidak lagi boleh dibaca bersama..

Alhamdulillah, walaupun begitu ia tetap dapat disempurnakan bersama satu azam dan semangat yang baru..Perjuangan untuk menjadi Muttaqinah Solehah masih dan sentiasa diteruskan insyaallah..



Usai solat Maghrib, tangan menyelak helaian mukasurat Al-Quran dan alhamdulillah surah baru akan dibaca. Pada permulaan 1 Muharram, Surah Yunus menjadi pembuka tahun yang mulia..Teringat ana pada kisah Nabi Yunus yang terkenal dengan kisah baginda ditelan ikan Nun..

Kaum Nabi Yunus sangat menentang dan tidak mahu menerima ajaran baginda..Oleh itu baginda telah meninggalkan kaum baginda dan mendoakan agar Allah menurunkan bala kepada mereka.

Sewaktu perjalanan,beliau akhirnya bertemu dengan sebuah kapal dan menyertai pelayaran tersebut..Allah mentaqdirkan angin yang kuat menghentam kapal tersebut dan akhirnya kapal tersebut hilang keseimbangan. Seseorang harus dibuang kedalam laut bagi mengembalikan kapal tersebut kepada kondisi asalnya..Dalam setiap undian nama Nabi Yunus tetap naik bagi dibuang ke dalam laut walaupun baginda merupakan orang yang sangat dikasihi dan dihormati oleh semua ahli kapal..

Setelah dihumban kedalam laut, Allah telah mewahyukan kepada Ikan Nun untuk menelan Nabi Yunus..maka tinggallah baginda didalam perut ikan Nun..Didalam perut ikan itulah Nabi Yunus bermuhasabah akan segala kesalahan dan dosanya..Kalimah "Ya Tuhanku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Engkau, Maha sucilah Engkau dan sesungguhnya aku telah berdosa dan menjadi salah seorang dari mereka yang zalim." inilah yang sentiasa meniti dibibir baginda..Setelah ujian Allah berakhir, maka Ikan Nun telah mengeluarkan Nabi Yunus daripada perutnya..



Semoga kisah Nabi Yunus menjadi tauladan buat kita khalifahNya untuk terus berdakwah bagi menegakkan kalimah tauhidNya..

Semoga kisah ini juga akan menjadi medan muhasabah buat kita hambaNya untuk terus memohon dan meminta hanya padaNya

Akhirul Kalam..Selamat Berhijrah..Hijrahlah demi memburu syurga yang tidak terhingga nilaiannya itu..

Friday, November 11, 2011

Mati itu Pasti

Assalamualaikum wbt kepada sahabat-sahabat yang dikasihi..Alhamdulillah hari ni kita masih lagi diberi nikmat kehidupan bagi bernafas diBumiNya dengan 2 nikmat terbesar dalam diri iaitu nikmat Islam dan Iman.Kebelakangan ini ana sering mendengar berita kematian dan pemergian insan menemui penciptanya yang Maha Agung..Setiap kali membuka emel di pejabat..pasti ada sahaja berita kematian staf di serata negeri..melihat wajah dan umur mereka..kadang-kadang sukar untuk mempercayai mereka telah pergi buat selama-lamanya..tetapi itulah dia..MATI ITU PASTI..



Hari ini 11.11.11..Bagi sesetengah individu..ini mungkin tarikh yang membahagiakan..tetapi bagi sesetengah orang yang lain..tarikh ini adalah tarikh yang menyedihkan..Tanggal 15 zulhijjah ini ana telah menerima berita pemergian seorang senior di USM iaitu ustaz kamarulzaman..Beliau yang ana kenali amat komited dengan perjuangan menegakkan Islam di muka Bumi ini..Seorang daie yang tidak pernah jemu dengan amanah dakwah yang dipikulnya..Semoga pemergiannya ke dunia abadi, menemui cinta hakiki akan ditempatkan bersama orang2 yang Dia kasihi..ameen..


Zaujah ustaz Kamarulzaman dan anaknya

Bila ditanya kepada anaknya..kemana abi?..jawab anaknya..Abi kesyurga..subhanallah..itulah anak seorang pejuang..InsyaAllah didoakan agar Muiz akan menyambung perjuangan abinya..

Terkenang ana kepada 2 orang anak sepupu ana yang telah menjadi yatim piatu disaat mereka masih tidak mengenali dunia..Namun begitu..apabila melihat akan kubur..mereka akan tunjuk ke kubur itu dan memanggil..tu ibu!Semoga Zafrudin dan Puteri juga akan menjadi anak soleh dan solehah bagi mendoakan ibu..ibu kalian pasti akan bahagia seandainya Doa dikirimkan setiap saat kepada mereka



Beruntunglah bagi mereka yang meninggalkan dunia ini dengan bekalan yang secukupnya
Beruntunglah bagi mereka yang menuju akhirat dengan persediaan yang terbaik
Beruntunglah bagi mereka yang menemui tuhannya dengan sebaik-baik penampilan

Kita takkan tahu bilakah Allah akan mengambil kita..Bilakah Malaikat Maut akan melaksanakan tugasnya untuk mengambil nyawa kita..Sedarkah kita Malaikat Maut 'menziarahi' kita setiap 21 minit setiap hari?

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail, "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa"

Hidup didunia hanya sekali..
Mati juga sekali..
Buatlah yang baik sekali..
Bagi kehidupan yang akan dibangkitkan lagi sekali..

Kerana yang sekali itu adalah yang abadi =)

Tuesday, May 24, 2011

kerana dirimu begitu berharga

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kullukum jami'an ya ashabi^^..semoga semuanya berada dalam rahmat dan kasih sayangNya sentiasa..ameen

Diri ana..diri kalian..diri antum..diri antunna..amat berharga..tiada nilaian yang dapat diukur dengan nilaian yang setara dengannya..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins

What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?



Allah telah berfirman "Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" yang berulang kali ditekankan dalam surah Ar-Rahman..

Setiap pandangan kita..ke arah mana kita lemparkan?
Setiap bicara kita..ke arah mana kita tujukan?
Setiap pendengaran kita..ke arah mana kita fokuskan?
Setiap langkah kita..ke arah mana kita hayunkan?

"Dan sungguh akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat-ayat Allah..dan mereka memiliki mata tetapi tidak digunakan untuk melihat tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah..Mereka seperti haiwan ternak bahkan lebih sesat lagi..Mereka itulah orang-orang yang lengah"
(Surah Al-A'raf : 179)

Na'uzubillahi min zalik..
semoga kami tergolong dalam golongan yang menjaga setiap amanah dan pinjaman yang Engkau berikan dengan baik..

Diri yang berharga perlu dijaga dengan sebaik-baiknya sebelum memasuki syurgaNya
Hanya diri yang memenuhi kriteria tertentu sahaja yang dibenarkan untuk melepasi gerbang syurgaNya..
Kriteria-kriterianya cukup banyak..
boleh dirujuk dalam manual teragung..

adakah lengkap checklist kita ?
Layakkah untuk kita beratur didepan pintu syurgaNya?
Mampukah kita untuk melepasi tapisan dariNya?



Tambahkan sifat mahmudah dalam diri
Tolak sifat mazmumah daripada diri
Gandakan sifat mutmainnah untuk diri
Kuasakan sifat mujahadah dalam diri

"Ustaz..macamana kita nak selalu bermujahadah?tanya seorang mad'u kepada naqibnya..
"mujahadah tu adalah mujahadah. Kita ambil contoh mujahadah ketika solat..Untuk mencapai khusyuk pada keseluruhan solat itu memang susah..time tulah nak teringat kunci kertanya..time tulah baru teringat kain tak angkat lagi..time tulah barang2 yang hilang boleh dijumpai..Jadi macamana nak buat?
Mujahadahlah pada setiap rakaat solat..
ketika diri sedikit tersasar pada rakaat2 yang dilalui..kembali bermujahadah dan berjuang untuk rakaat yang akan datang.."

Sesi soalan itu menjadi penutup usrah pada hari itu juga khatimah untuk entry kali ni

~kerana dirimu begitu berharga..maka jadikanlah dirimu sentiasa berharga~^^

Friday, April 15, 2011

+- 2 hours

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat semua.Semoga semuanya sentiasa berada dalam rahmat kasih sayangNya sentiasa..ameen=)

+- 2 hours adalah entry berkisar perjalanan dari Melaka ke KL..KL ke Melaka..Bila takda program inilah destinasi ana yang wajib..KL Melaka.Melaka KL..^^

Sepanjang 2 jam berada diatas jalanraya..Sesiapa pun..ketika berada di jalanraya..pasti akan kita temui pelbagai ragam manusia juga pelbagai rentak kehidupan..Di jalan juga ada kehidupan..Indahnya bahasa jalanraya..

Sebelum pemanduan..keadaan kereta diperiksa teliti...agar tidak susah nanti.. Sebelum perjalanan..seat belt dipasang rapi...takut kene tahan dengan encik polis nanti..
Ketika dijalanan..ambil lorong tengah sekali..untuk menjamin keselamatan diri.. Ketika hendak melakukan pemotongan..ambil lorong kanan sekali..minyak pun ditekan tinggi..
"Hmm..ada kereta kat belakang..menaikkan lampu tinggi"..kita pun cepat-cepat tukar lorong kembali..kerana kelajuannya melebihi.
Tak pernah sekali lampu isyarat dilanggari..kalau langgar memanglah nahas dicari..boleh pula kita ikut peraturan yang diberi..takut nanti kemalangan terjadi.

Itulah serba sedikit cerita dijalanraya..Jalan ada peraturannya tersendiri..dan mudah sekali untuk kita mengikuti peraturan jalanraya ini.. Yelah..kalau tak ikut..pasti musibahnya akan menimpa diri..

Matematik pun ada hukumnya yang tersendiri..Kita tengok sahaja subjek logarithm..Ada hukum darab..bahagi..kuasa..Sekiranya hukum yang salah digunakan dalam pengiraan..sampai ke sudah takkan menemui jawapannya.. Formulanya mudah disini..

Ikutlah hukum..segalanya akan menjadi mudah..tiada resah..



Allah..Dialah penggubal hukum bagi segala hukum..telah menetapkan hukum yang sangat lengkap dan cantik untuk diikuti oleh hambaNya..namun susah untuk diikuti..berbanding peraturan jalanraya yang dicipta oleh manusia..

Kerana kalau hukum jalanraya dilanggar..kesannya terus kita nampak..
Hukum Allah dilanggar..kesannya akan dihakimi di akhirat nanti..mungkin sebahagian akan dibalas di dunia..tetapi lebih banyaknya akan diadili di hari pembalasan nanti..

kuncinya..Yakin..Yakin pada Allah..Yakin pada setiap ketentuanNya..justeru peraturanNya akan mudah diikuti..^^

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran."
(Al-Baqarah : 186)



Allah Di Hati..Bila Sendiri terasa disayangi..Bila Ramai Terasa Dirai..Indah Hidup Bersama Illahi..=)

Saturday, February 19, 2011

Selamat Hari Lahir

Assalamualaikum kepada semua sahabat-sahabat..dah hampir bersawang dah blog ana..lama tak update kerana kekangan masa yang amat sangat..semakin hari semakin bertambah tanggungjawab..dan masa juga semakin hari semakin cepat berlalu..semoga semua berada dalam rahmatNya sentiasa..ameen..=)

"Zali..set masa"..sudah menjadi tanggungjawab zali untuk menjaga masa..tapi selalu dipaskan kepada Waris.."10 saat ya"..ana berkata..

Sudah menjadi kebiasaan sebelum kelas dimulakan ana akan me'nembak' 2 pelajar untuk menjawab soalan ringkas secara spontan dan congak..setelah soalan diberikan dan apabila mereka tidak menjawab dalam masa 10 saat..satu punishment akan diberikan..kali ni 2 candidates terpaksa menerima hukuman ini.."take 5 nanti bersedia ya"..ana pn berkata..yang kena hukuman mengharapkan agar masa "take 5" tidak akan sampai..yang lain semua menantikan kedatangan "take5" itu..

"Take 5"

pelajar yang diberikan hukuman akan memberi nasihat/kata-kata azimat atau apa sahaja yg

bermanfaat buat rakan2 lain..memandangkan pada hari itu adalah 14februari..seorang telah memberi nasihat tentang valentine day dan seorang lagi tentang maulid nabi..penyertaan pelajar pada waktu ini adalah yang paling aktif jika dibandingkan dengan 1jam 45 minit waktu pengajaran dalam kelas..

"Kenapa kite tak boleh sambut valentine?"

"ape cerite disebaliknya?"

"mana dapat name hari valentine tu?"

"macammana nak sambut maulidurrasul?"

itu semua soalan yang diajukan kepada pemberi2 nasihat untuk hari itu..

Cuba bayangkan seandainya seorang pendidik tidak mempunyai ilmu sebegitu untuk berbicara dan memahamkan anak muridnya..bagaimanakah kita ingin mendidik mereka menjadi seorang insan yang bukan sahaja mempunyai ilmu akademik malahan ilmu yang akan menjamin kejayaan dunia akhirat..

di akhir slot take 5 ana akan mengulas sikit tentang apa yang mereka bicarakan tadi..valentine..ana pernah membaca..pernah menganalisis..namun disebabkan tidak berkongsi ilmu itu terbatas begitu sahaja..Cuma boleh mengulas sedikit tentang isu valentine..subhanallah..ia menjadi pengajaran supaya kita sentiasa membaca input dan mengeluarkan output..

Valentine.

tarikh sambut : 14 feb

sebab sambut : memperingati kematian seorang paderi kristian bernama St Valentine semasa permerintahan Raja Rom Claudius II. Paderi ini dibunuh kerana mengahwinkan tentera-tentera Rom yang masih bujang sedangkan raja Rom tidak membenarkan tentera-tenteranya berkahwin kerana bagi Raja tersebut tentera yang bujang akan lebih kuat dan bertenaga.

dan banyak lagi pendapat lain..boleh rujuk dr danial zainal abidin

jadi pembaca2 sekalian jelas sekali untuk apalah kita menyambut hari memperingati paderi kristian..sudah jelas hukumnya..haram kerana ia melibatkan perayaan selain agama islam.

Maulid nabi

tarikh : 12 rabiul awwal tahun gajah

tahun ni maulid nabi jatuh pada 15 februari 2011..^^..tarikh yang amat bermakna buat ana..semoga tarikh kelahiran nabi yang sama dgn tarikh hari lahir ana akan memberikan satu suntikan baru dalam menjadi ummatnya yang terbaik insyaAllah..

syukran buat sahabat-sahabat yang mendoakan..juga hadiah yang kalian berikan..semoga Allah
membalas segala-galanya..dan semoga ukhuwah yang terbina berkekalan ke akhirnya..insyaAllah..^^

Kalau nak bercerita tentang insan mulia bernama Muhammad ini..
takkan habis walaupun berpost2 ana publish..
takkan berhenti walaupun berpen2 ana gunakan..
takkan berpenghujung kerana sirahnya berkekalan dan sentiasa bersambung..

untuk sirah nabi ana cadangkan sahabat2 membaca buku

hadiah daripada sahabat baik ana sewaktu hari lahir lepas


buku yang ana beli di kedai buku USM


buku yang ana pinjam di PHS I USM

Sesungguhnya akhlak nabi adalah akhlak yang terunggul
"Sesungguhnya kamu mempunyai akhlak yang tinggi"

(Al-Qalam : 4)

"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang soleh"

(HR Bukhari)

"Nabi SAW adalah manusia dengan akhlak yang terbaik"

(HR Muslim dan Abu Daud)
Nabi adalah manusia yang ma'sum
sentiasa memaafkan walaupun dirinya ditekan
sentiasa bersyukur kepada yang Esa walaupun dirinya dijamin syurga
sentiasa menginsafi dirinya walaupun memiliki hati yang paling suci
sentiasa mengasihi walaupun dirinya dibenci

Mampukah kita menjadi seperti sahabat yang sangat mencintai nabi?
melindungi beliau daripada dicaci dan dihina serta menjadi perisai ketika da'wah ke thaif
membenarkan setiap perkataan beliau walaupun ketika itu tidak seorang pun yang mahu mempercayai beliau di saat isra' dan mi'raj
menangisi wasiat terakhir dan saat-saat terakhir sebelum kewafatan baginda
sentiasa bersama baginda melalui saat-saat kesusahan dan kegetiran sewaktu penghijrahan,pemulauan dan sebagainya

sangat jauh kita dibandingkan dengan para sahabat..namun yakinlah..

"Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku bereti ia mencintaiku dan barangsiapa mencintaiku ia akan bersamaku di syurga"

(HR Bukhari)

jadilah ummat Muhammad yang terbaik..amalkan sunnahnya..ajak manusia untuk meneruskan perjuangannya..mencegah kemungkaran yang berlaku..ikuti segala tauladan baginda..Jadikan Al-Quran dan hadis sebagai panduan dan pedoman..


Cintailah Allah dan Rasul..^^















Friday, January 21, 2011

kucing itu..

Assalamualaikum kepada semua sahabat-sahabat sekalian..Semoga keberkatan dan rahmatNya sentiasa bersama kita semua..ameen..:)

Bercakap pasal kucing..mesti ramai sahabat-sahabat yang sayang dengan kucing..tak kurang ada juga yang takut dengannya..

Kucing...sinonim dengan sahabat rasulullah yang digelar Abu Hurairah..Seorang sahabat yang banyak meriwayatkan hadis nabi...

Abu Hurairah yang bermaksud bapa kucing amat gemar bermain dengan kucing..Satu ketika beliau berjumpa rasulullah lalu rasulullah bertanya kepada Abu Hurairah apakah yang berada dalam lengan bajunya..Beliau menunjukkan anak kucing yang berada dalam lengan bajunya lantas gelaran Abu Hurairah itu terus diberikan kepadanya..

Selepas habis kerja petang semalam ana terus ke kedai makan bersama ofismate..Biasalah kucing kat mana-mana kedai makan pun ada..Minta makanan kepada pelanggan yang datang..Habis makan ana bagilah tulang leher ayam kat kucing..tulang sebesar mulut kucing..Tiba-tiba..kucing tu terdiam..seperti lemah tak bermaya..tadi sebelum makan bising je kucing tu..
"Fazu,kucing tu tercekik ke?Cube tengok sikit"..ana bertanya
"Yelah syira..diam je kucing tu.." jawab fazu..

Lama juga kucing tu duduk terdiam..dalam erti kata lain..cool je kucing tu..kalaulah ana yg tercekik tulang..wallahu a'alam..mgkn kehulu kehilir takkan serileks kucing tu..Kami yang dah risau tengok kucing tu..matanya dah hampir kuyu...
"Ya Allah selamatkanlah kucing tu..." fazu berdoa..ana aminkan je..
Kemudian kucing tu beralih arah..sambil bangun..sambil terbatuk2..tapi tulang tu tak keluar-keluar juga..nak tolong taktau camana..kami hanya melihat dengan simpati..Tiba-tiba ana nampak kucing itu menguis2 dalam mulut..dan alhamdulillah..tulang tu dah keluar sikit demi sedikit..dan habis semua dah keluar..Akhirnya kucing tu lompat dan berlari girang seperti biasa..seolah-olah tiada apa yang berlaku...Itulah dia kisah seekor kucing...

Seekor kucing..mampu untuk menyelesaikan masalahnya sendiri..Tiada siapa yang peduli..

Walhal ia adalah seekor binatang yang tidak mempunyai akal..

Seekor kucing..mampu untuk tenang ketika dilanda masalah..

Walhal ia hanyalah seekor binatang yang hanya meminta belas ihsan manusia sekelilingnya..


Justeru..seorang manusia..perlulah lebih hebat daripada seekor kucing..Allah telah sedia menyatakan bahawa manusia adalah sebaik-baik ciptaan..Namun...

"Dan sungguh akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka memiliki mata tapi tidak dipergunakan untuk melihat (tanda2 kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga tapi tidak dipergunakan untuk memperdengarkan ayat-ayat Allah. Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi.Mereka itulah orang-orang yang lalai"

(Al-A'raf : 179)

Sedarilah wahai diri-diri yang sering diperingatkanNya..

seekor kucing itu..Allah telah tetapkan rezekinya..Allah biarkan kehidupannya didunia ini sesuai dengan kemampuannya sebagai seekor kucing..berpanas..berhujan..bermain..bahaya sering menanti..namun itu adalah ujian untuknya ia terus bertahan dimuka Bumi Allah yang luas ini..

seorang manusia itu juga sama..Allah telah tetapkan qadha' dan qadar setiap insan..Bezanya seorang manusia dengan seekor kucing itu terletak pada akal..Sudah Allah sediakan pelbagai ujian sesuai dengan tahap kemampuan hambaNya..diberikan ujian agar kita imun dan mempunyai antibodi yang kuat untuk terus bertahan di dunia yang fana' ini..Akal yang Dia kurniakan..gunakanlah ia semaksimum mungkin..agar ujian-ujian yang Dia beri itu menjadi saksi kegembiraan kita di hari akhir nanti..


Dari Anas meriwayatkan bhw rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya besarnya pahala adalah bergantung dengan besarnya ujian atau penderitaan. Dan sesungguhnya apabila Allah mengasihi sesuatu kaum, Dia akan menguji mereka (dengan penderitaan). Oleh sebab itu barangsiapa yang redhai dengan ujian Allah, Allah juga meredhainya. Dan barangsiapa yang tidak redha, maka Allah juga tidak meredhainya

(HR Tirmizi)

p/s : Lepas ni kalau nampak kucing,bisikkan dalam diri..seorang manusia lebih hebat daripada seekor kucing..^^

: Lepas ni kalau dapat ujian daripada Allah..katakan kepada diri..Allah amat sayang pada diriku..:)

InsyaAllah..semoga kita teruskan langkah dengan gagah dalam meyusuri denai-denai kehidupan yang dipenuhi jurang dan lembah ini..=)

Saturday, January 15, 2011

husnu zhon =)

Assalamualaikum wtb kepada semua sahabat sahabiah..
Semoga kita semua sentiasa berada dalam iman dan rahmatNya sentiasa..ameen..^^

husnu=baik zon=bersangka husnuzon=bersangka baik
Ana mulakan entry kali ni dengan sebuah cerita dipetik daripada motivasi pagi ikim

Seorang ayah bersama dua orang anaknya menaiki sebuah komuter yang sarat dengan manusia disekeliling..kebetulan seorang penumpang turun dan si ayah mengambil tempat duduk tersebut lantas terus tertidur..

Si anak-anak sekan berpesta di dalam komuter tersebut..berlari kesana kemari..membuat bising dan ketawa ceria sesungguh hati..Bukan itu sahaja..mereka turut merempuh suratkhabar dan majalah yang sedang dibaca penumpang-penumpang..Para penumpang yang lain terganggu dengan sikap anak-anak tersebut ditambah dengan gelagat si ayah seolah-olah membiarkan sahaja anak-anaknya..
Seorang penumpang berasa terpanggil untuk mendekati si ayah bagi memberitahu perangai anak-anaknya..dia mendekati dan mencuit si ayah lalu bermulalah satu perbualan..

"Encik..anak encik ni sedang mengganggu penumpang-penumpang lain di dalam komuter..
Mereka semua tidak selesa dengan keadaan ini."

Si ayah dengan genangan air mata memulakan bicara

"Sebenarnya isteri saya telah dimasukkan ke dalam wad kerana sakit yang teruk. Sejak dari hari itu anak-anak saya ni tak lalu nak makan..berada dalam kemurungan dan sebagainya..Hidup mereka tidak ceria.. Mereka tidak dibenarkan untuk melawat ibu diwad..

Pada hari ini doktor membenarkan mereka untuk melawat..Apa lagi..jiwa anak-anak itu kembali riang dan ceria..sebelum memasuki komuter mereka dah meloncat keriangan..namun satu panggilan daripada doktor menyebabkan saya tak bermaya di dalam komuter ni..Dr memberitahu bahawa isteri saya sudah tiada lagi..Bagaimana saya hendak memberitahu kepada mereka?......

Hati penumpang yang mendengar itu berubah daripada marah kepada simpati...

Penumpang-penumpang lain mungkin masih marah dam menyampah kerana mereka tidak menyelami hati nurani si ayah..mungkin juga mereka su'u zhon(buruk sangka) kepada si ayah..

Ketika melihat seseorang yang bermuka masam...
jangan cepat buat kesimpulan bahawa dia seorang yang tidak peramah...
kerana mungkin disebalik wajah itu tersirat seribu masalah yang sukar dirungkai..

Ketika melihat seorang yang berduka lemah dan tak bermaya..
jangan sebarangan melulu bahawa dia seorang yang lembik dan tidak berdaya..
kerana mungkin disebalik kelemahan itu teselit satu kekuatan yang luar biasa..

Ketika melihat sesuatu yg mungkin akan meyebabkan kita terikir ke arah negatif..
cepat-cepat bawa pemikiran itu ke arah yang positif..
Tak rugi berbaik sangka pada manusia..
kerana disitu akan terciptanya satu ketenangan hati dan kedamaian jiwa..

Lihat sahaja ketua panglima tentera, Khalid Al-Walid yang menerima pemecatannya dengan hati yang terbuka...dan berbaik sangka kepada Khalifah Umar yang memberi surat pemecatan itu..

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu mengumpat sebahagian yang lain...."

(Al-hujurat : 12)

Apakah perasaan sekiranya kita memberi pertolongan..memberi segala-galanya kepada seseorang..namun dia tidak bersyukur malahan bersangka buruk dengan kita?

Sudah pasti sedih..terasa hati..dan macam-macam berlaku kepada hati..

Dia..Hua Zal Jalali wal Ikram...

Memberi kita oksigen untuk kita terus bernafas diBumiNya

Memberi kita air untuk kita hidup di duniaNya

Memberi kita ni'mat untuk kita bahagia didalamnya..

Namun..sanggup kita bersu'u shon kepadaNya..

Tidak pernah puas dengan apa yang diberiNya..

Jarang bersyukur atas kurniaanNya..

Selalu bersungut atas ujianNya..

Sedarlah wahai diri yang berbicara..sedarlah wahai diri yang membaca..Selalu kita bersu'u zhon padaNya..Namun tak pernah sekali Dia menjauhkan diri daripada kita..Tak pernah jua Dia menghentikan segala ni'matNya..

Benarlah firmanNya..

"Maka adapun manusia apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata 'Tuhanku telah memuliakanku'...Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata 'Tuhanku telah menghinaku'


(al-Fajr: 15-16)








Saturday, January 8, 2011

Sucinya hati mereka..

Assalamulaikum kepada semua sahabat..Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi setiap perjalanan hidup kita..ameen..


Beberapa hari lepas..selepas habis segmen berita TV3..selingan yang diselitkan sebagai penutup berita membuatkan ana tersenyum sendirian..Gelagat anak-anak kecil yang akan memasuki alam persekolahan darjah satu..

"Dah besar nanti nak jadi apa",tanya pemberita kepada seorang kanak-kanak lelaki bersongkok..

"Aaa..aaa..nak jadi ustaz"..jawab si kecil..
"Kenapa nak jadi ustaz?",tanya pemberita lagi..
"Sebab..nak jadi imam.." :)

"Adik bila besar nak jadi apa?",tanya wartawan kepada anak kecil yang 'ompong' giginya..
si anak kecil menjawab.."saye nak jadi doktor gigi"..sambil tersengih kepada wartawan itu..

Sedarkah kita..sebenarnya anak-anak kecil ini..pemikirannya..role modelnya pada ketika ini adalah ibu bapanya..

Mungkin si anak kecil itu adalah seorang anak ustaz..menyebabkannya tidak kekok bersongkok malahan gembira menyatakan cita-citanya untuk mengikuti jejak langkah ayahnya..

Mungkin juga si anak kecil yang bercita-cita menjadi doktor gigi itu telah disakat oleh ibu bapanya tentang giginya dan menyebabkan apa yang ada dibayangan anak kecil itu adalah doktor gigi..

Sucinya hati mereka..
Benarlah apa yang dikatakan oleh nabi SAW..
"Setiap anak yang lahir itu adalah keadaan fitrah (Islam, suci bersih).Maka ibu bapanyalah yang bertindak menjadikan ia Yahudi atau Nasrani atau Majusi." (HR Bukhari)


Ketika kecil..ibu bapalah yang menjadi ikutan mereka
Ketika besar sikit..mereka ikut kawan2 pula..
Ketika besar lagi..artis dan sesiapa sahaja boleh menjadi role model mereka..

Bermula sejak dari kecil ibu bapalah yang akan mencorakkan setiap fitrah yang bakal anak-anak mereka tempuhi..
Seandainya elok corakan itu..maka..anak-anak akan berjaya mencari kawan yang betul seterusnya mengikut role model yang terbaik..

teringat pengalaman ana mengajar di sekolah kafa..

Seorang anak murid darjah satu berkata..ustazah..kelas kita ni bising sangat..kenapa ustazah tak marah diorang macam ustazah kat sebelah?Nanti saya panggilkan ustazah tu ye suruh marahkan diorang..

Tersenyum ana mendengar kata-kata anak murid yang seorang tu..Begitu telus dan tulus bicara mereka..

Ustazah..ustazah..air mutanajjis tu apa?air yang ada binatang mati ke?..tanya mereka apabila melihat ana melukis gambar air dan ada cicak jatuh dalamnya..Sangat jujur pertanyaan mereka..

Kata-kata mereka terzahir daripada apa mereka lihat..
Pemikiran mereka muncul daripada apa yang mereka pelajari..
Sungguh suci hati mereka..

Justeru para ibu bapa sekalian..Tunaikanlah hak mereka..

Merujuk majalah anis bil 158, terdapat 6 hak pendidikan kepada anak2..

1.Mencontohi pendidikan Allah dan rasul.
2.Bersikap adil kepada setiap anak2.
3.Memberi dan memperlihatkan kasih sayang.
4.Menyediakan benteng ketahanan dan ilmu duniawi ukhrawi.
5.Menjadi contoh teladan (role model) kepada anak2.
6.Berjiwa murabbi

Saidina Umar al-Khattab r.a berkata
"Sesungguhnya anak-anak kamu itu dijadikan untuk generasi lain daripada generasi kamu, dan dijadikan mereka untuk menghadapi zaman yang lain dari zaman yang kamu hadapi sekarang"

Nabi SAW bersabda
"Semoga Allah memberikan kasih sayang kepada orang tua yang mendidik anaknya untuk berbakti kepada dirinya"

(Riwayat Abu asy-Syeikh)

Sebenarnya kitalah yang pernah memiliki hati suci itu..
Kini hati-hati itu telah mempunyai corakan yang pernah diwarnai ibu bapa kita..
hati-hati itu juga mempunyai lakaran hasil daripada kreativiti kita..
Seandainya terdapat contengan yang tersilap gaya..cepat-cepatlah padamkan ia..
Pastikan kita kembali kepada fitrah yang sebenar..
kerana fitrah kita bermula dengan suci..

Kita pernah menjadi anak..
juga telah atau akan menjadi ibu bapa kepada anak2..
Justeru itu sucikanlah hati untuk mencorak mereka yang suci itu..:)

Saturday, January 1, 2011

marhaban bikum 2011

Assalamualaikum wtb kepada semua sahabat..Semoga kita sentiasa dilimpahi hidayah dan i'nayahNya..ameen..=)

Hari ni 1.1.11..Angka satu membuka tirai baru tahun 2011 masihi..pastinya setiap daripada kita mempunyai azam..cita-cita dan semangat baru seiring dengan pertukaran tahun baru...

1 membawa maksud yang banyak dalam diri setiap insan

Lahirnya kita diringi bersama satu lafaz azan..Kita pernah berumur satu tahun..Pernah memasuki darjah satu..Pernah memasuki tingkatan satu..Pernah memasuki tahun satu di universiti..Pernah hari pertama memulakan alam pekerjaan...Dan hayat kita akan berakhir dengan satu lafaz syahadah..Semua perkara bermula dengan satu..Tidak akan datang yang lain tanpa permulaan satu itu...

Azam seorang insan :

  • tahun ni macam nak SKT mencapai 90%
  • tahun ni rase2nye nak tuka keretalah..
  • tahun ni nak tambah gelang lagi satulah..
  • tahun ni elok juge kalau dapat melancong kat bali..tahun lepas dah pegi cameron highland..

dan kebanyakan daripada azam2 kita sebenarnya lebih banyak menjurus kearah peningkatan dari sudut duniawi..Bukannye tak boleh..cuma perlu diseimbangkan dengan urusan ukhrawi..


Teringat ana ceramah ustaz Ismail Kamus dulu2...
Kalau kita kejar akhirat..kita pasti akan dapat dunia..tapi kalau kita kejar dunia kita takkan dapat akhirat..

Cuba umpamakan akhirat seperti bunga dan dunia seperti lalang..Kalau kita tanam bunga..automatik lalang-lalang pasti akan tumbuh sekali..kalau kita tanam lalang..bunga takkan tumbuh sesuka hati seiriningan dengan lalang..Rugilah seandainya kita termasuk dalam golongan yang mencari dunia semata-mata..


Sebagai contoh yang lain..Seandainya kita melatih diri untuk rajin solat berjemaah..ini akan menambahkan ukhuwah atau dalam bahasa lain networking sesama Muslim..Solat juga melatih kita untuk berdisiplin dengan masa..Seandainya pertemuan kita denganNya pada awal waktu sudah pasti kita akan sentiasa awal dalam semua perkara yang kita lakukan..Seandainya sunnah kita laksanakan sudah pasti muamalah kita sesama manusia akan terjaga..Setiap kerja kita akan menjadi produktif..Bukankah dengan mengejar akhirat itu akan membawa kita kepada kejayaan dunia?Renungkanlah...

Jadinya diri dan sahabat..
Masukkan azam tahun ini untuk upgrade diri dari sudut amalan keimanan dan ketaqwaan.. Diri kita hanya ada satu..tak da siapa pun yang akan sama dengan diri kita... Jadilah diri sendiri..yang berusaha untuk sentiasa meningkatkan cinta kepada pencipta..^^

Bermula kita dengan satu.. Pengakhiran juga dengan satu.. Tetapkanlah hala tuju.. Agar perjalanan dipandu.. Menemui Dia yang Maha Satu...

"Hai sekalian orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kpdNya..dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam."

(Surah Ali-Imran : 102)

Ketahuilah..Hanya cinta yang luarbiasa sahaja layak untukNya..Persaingan untuk merebut cintaNya amat sengit..Beruntunglah bagi yang mendapat cintaNya..Semoga kitalah orang itu...Ameen..:)