BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 31, 2010

Penang dan Melaka

Alhamdulillah 2 tempat yang amat bermakna buat diri ini..Tempat dimana persahabatan dan kasih sayang terjalin erat..tempat dimana sesi pentarbiyahan menjadi agenda..

ape ya persamaan 2 negeri ni??due2 pon tempat perlancongan..ade bnyk tempat best..tapi yang paling best sekali kat 2 tempat ni ade laut..Di Melaka..ade pengkalan balak n tg. bidara n bnyk lgilah pantai..Kat penang pulak ade Batu feringgi..

Teringat zaman muda2 dulu..kat pantailah tempat mencari ketenangan...bsm2 5 shbt sebilik..syukran atas persahabatan yg best..Kat Melaka pn bnyk kenangan bersama shbt2 KMM di tepi pantai..aii balik2 pantai..ape istimewanya nih?



"Seandainya pohon-pohon di Bumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta ditambahkan kepadanya tujuh lautan lagi setelah keringnya nescaya tidak akan habis-habisnya dituliskan kalimat-kalimat Allah..Sesungguhnya Allah Maha Perkasa,Maha bijaksana" (Luqman: 27)

Subhanallah..Kenali Allah melalui ciptaanNya...Cintai Allah melalui hamparanNya..Bukankah hati akan menjadi tenang pabila mata melihat ke laut?airnya yang membiru...langit yang terbentang luas..membuktikan kebesaran Allah yang tiada taranya..

Jadilah seperti air..yang tetap akan mengalir walaupun dihalang dan disekat dari setiap sudut..perjalanannya tetap diteruskan..Deruan ombak yang memecah pantai ibarat semangat yang tak pernah luntur...semakin ia menghampiri pantai...semakin kuat ia menghempasnya..hayatilah semangat laut ini..

Jadinye wat diri dan sahabat diluar sana...teruskan perjuangan..sekali dah melangkah..jangan berpatah..sekali sudah melakukan kesalahan..jangan biarkan diri terus diselubungi kekesalan..ingat, kebangkitan dari kegagalan adalah lebih baik daripada kegagalan yang tidak disusuli dengan kebangkitan..

"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman" (Ali Imran: 139)

Thursday, January 21, 2010

siapa kita

Pada suatu petang, dalam satu kelas tingkatan 5, disebuah sekolah yang terletak di dalam hutan batu..seorang ustaz bertanya kepada anak muridnye..

" Ali..kalau kamu tercampak ke sebuah gurun yang tak de ape2..tak de sebarang pengenalan diri..dan kamu tak ingat pon kamu siape..apekah yang kamu boleh katekan pasal diri kamu kalo ade orang terjupe kamu?"

Hmm..Ali menggaru2 kepale..murid2 lain pon same2 memerah otak memikirkan jawapannye..

Bile semua orang tak dapat nak jawab..maka ustaz pon tolonglah jawabkan..
title yang tak akan luput dari diri seseorang walaupun seluruh identitinya hilang adalah title HAMBA ALLAH...



ye sahabat2..seandainya kite sedar akan title ini..seandainya kite sedar akan taraf seorang hamba...pastilah kite akan menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan memiliki kesemua sifat mahmudah..kerana seorang hamba hanya tunduk dan patuh kepada tuannya..Segala2 yang dilakukan adalah kerana tuannya..

Kembalilah kepada Allah...Dia menerima saat yang lain menghina..Dia menjaga saat yang lain mencela...Dia membentang luas rahmatNya saat yang lain membuang dirimu...itulah Allah..tuan kite..

"..Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.” (Yusuf:86)

Saturday, January 9, 2010

Marhaban bikum



Assalamualaikum..
Selamat datang kepada semua pembaca blog..Alhamdulillah akhirnya tercapai juge cita2 ana nak wat blog...Syukran kepada adik2 ana ukhti syuhada dan liana yang banyak membantu dan lebih advance daripada ana...hehe...

Banyak blog telah ana lawati,banyak artikel telah ana layari..pasti setiap blogger mempunyai matlamat tersendiri dalam menyampaikan segala yang tersurat dan tersirat.
InsyaAllah melalui blog ini kita akan berusaha bersama2 untuk mendamba kasih Illahi juga menggapai cinta teragungNya..

Buat sahabat2 yang ana kasihi..
Marilah bersama2 kita mengislahkan diri..Diharap blog ini akan menjadi pengikat rabitah hati walaupun kita tidak lagi bertemu seperti dulu..InsyaAllah ukhwah dan akidah yang dibina akan berkekalan hingga ke syurga..Marilah kita mengejar cinta Illahi =)

"....Dan Dia bersama kalian walau dimana kalian berada.." (Al-Hadid:4)